Sunday, June 6, 2010

Friday, June 4, 2010

Tuesday, June 1, 2010

MASALAH PEMBELAJARAN DI KALANGAN KANAK-KANAK


 Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. Corak kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.
Penekanan terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan intitusi -intitusi yang menawarkan program -program pengayaan (enhancement programes ) yang bertujuan untuk melengkapkan anak -anak dengan kemahiran membaca , menulis , dan mengira dari kecil lagi. Institusi -intitusi ini juga mengaturkan aktiviti -aktiviti atau kurikulum yang menekankan aspek penyampaian maklumat dalam aktiviti -aktiviti harian kanak -kanak tersebut. Pengusaha -pengusaha tadika berlumba -lumba untuk memberikan program pengayaan kepada anak -anak murid mereka dengan menggunakan berbagai -bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan prestasi intelek kanak -kanak.
 Pengalaman yang diperoleh daripada program -program intervensi keatas kanak -kanak cacat telah membolehkan para profesional memahami konsep by pass strategies , iaitu strategi -strategi yang membolehkan kanak -kanak cacat memperoleh sesuatu kemahiran dengan menggunakan keupayaannya. Umpamanya , seorang kanak -kanak pekak boleh berhubung dengan menggunakan bahasa isyarat , kanak -kanak buta boleh membaca menggunakan braille dan kanak -kanak spastik yang lemah anggota kakinya boleh berjalan dengan menggunakn alat yang dinamakan orthosis.
Kecacatan seperti yang dialami oleh kanak -kanak spastik , buta , rencat akal dan pekak teruk mudah dikenal pasti untuk diberikan program intervensi awal. Tetapi , disfungsi perkembangan yang tidak ketara dan sudah dikenal pasti banyak berlaku di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran di sekolah.  Sejak beberapa tahun kebelakangan , Kefahaman tentang masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak telah berkembang dengan pesatnya. Memang jelas bahawa masalah ini adalah kompleks dan psikososial. Pengalaman hidup seseorang kanak -kanak itu mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya.
Ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan -tanggapan yang mungkin kurang tepat terhadap kanak -kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si anak dikatakan malas , tidak bermotivasi , bodoh atau asyik bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman , teknik mengajar tidak berkesan , pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak. Ramai ibu bapa mendaftarkan anak -anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun saya akui usaha -usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar kanak -kanak , tetapi masih ada lagi segolongan kanak -kanak yang memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih khusus.
Punca -punca masalah pembelajaran  
Punca -punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori :
 1. punca biologi                2. Punca psikososial
Punca biologi merangkumi faktor faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis ) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ).
 Pakar kanak -kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah (lead poisoning ) seseorang kanak -kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah pembelajaran. Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak -anak terdedah kepada penggunaan bahan -bahan tersebut.
Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat , kurang rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak -kanak berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya , unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh itu , setiap kanak -kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.
Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci  punca -punca kegagalan dalam pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala Lumpur oleh LPPKN denagn kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca yang dikaenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanak  itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa  yang seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca. Sesetengah kanak-kank pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya.
Apa yang menarik ialah kanak-kanak yang bermasalah ini menunjukkan kemajuan yang amat menggalakan apabila dinilai sekali lagi enam bulan kemudian. Pada pendapat saya, Perkembangan yang positif ini adalah juga disebabkan oleh perhatian yang lebih oleh guru-guru terhadap kanak-kanak tersebut. Setelah  mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan-kelemahan muridnya, guru dapat menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu kanak-kank itu membaca. Menulis dan mengira dengan cepat. Ibu bapa juga turut memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajaran anak mereka. Sianak sendiri akan lebih bermotivasi setelah mendapat perhatian, sokongan dan bimbingan daripada ibu bapa dan guru.
Ada satu kes yang melibatkan seorang kanak-kanak yang kurang baik daya penglihatannya. Akibatnya, dia kurang nampak papan hitam didalam kelas. Setelah dibawa kepada perhatian ibu bapanya, barulah cermin mata ditempah untuknya. Pretasinya disekolah juga meningkat. Ada juga kanak-kanak yang kurang daya pendengaran akibat cecair dalam telinga (serous otitis media) dan ini sudah tentu boleh menjejaskan pelajarannya. Dia perlukan rawatan untuk memperbaiki pendengarannya.
Ada pula kanak-kanak yang kelihatan pucat dan sering mengantuk didalm kelas. Akibatnya, pretasi akademiknya merosot.
Kanak-kanak yang terencat akal mundur dalam pelajarannya kerana  kebolehan berfikir, tumpuan perhatian, perkembangan bahasa, pengamatan dan keupayaannya memproses maklumat adalah lambat dibandingkan dengan kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya.  Kanak-kanak berusia lapan tahun yang mempunyai tahap intelek (IQ) setaraf dengan kanak-kanak lima tahun lazimnya masih sukar mengenal huruf. Kebolehannya sama ada dari segi penguasan bahasa, keupayaan menjalani aktiviti-aktiviti harian atau pun kemahiran sosial akan hanya setaraf dengan kanak-kanak yang berusia lima tahun. Oleh itu, dia akan mendapati sukar untuk mengikut kurikulum didalam darjah satu.
Kita perlu mengasingkan kanak-kanak normal yang mengalami masalah pembelajaran dengan kanak-kanak terencat akal yang  mengalami masalah yang sama. Ini boleh ditentukan melalui ujian IQ. Kanak-kanak mengalami masalah pembelajaran berbeza diantara satu dengan lain dari segi kekuatan dan kelemahan yan dimilikinya. Oleh itu, pendidikan khas yang diberikan pada seseorang kanak-kanak itu perlulah diindividukan berasaskan pada kekuatan dan kelemahan tersebut.
 Pelbagai corak difungsi perkembangan ditemui dikalangan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Umpamannya, seorang kanak-kank yang berusia enam tahun yang sungguh cerdik sehingga boleh bermain dengan komputernya,  melukis gambar roket dengan kemas dan membaca dengan baik mungkin mempunyai tumpuan perhatian yang singkat. Oleh itu,dia mungkin tidak membuat kerjanya dikelas kerana tidak menumpukan perhatian kepada arahan yang diberikan oleh gurunya. Sebaliknya, perhatiannya lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang sangat diminatinya seperti permainan komputer dan lukisan.
Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran.  Dia mungkin menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan lego dan melukis gambar kereta atau binatang tetapi menghadapi kesulitan membaca dan menulis. Mengajarnya membaca dan menulis memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali.
 Penilaian ke atas seorang kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran
 Pakar yang menilai kanak-kank yang mengalami masalah pembelajaran  perlu mendapatkan riwayat yang terperinci dan mengambil perhatian terhadap kemungkinan berlakunya  kerosakan otak seperti yang dialami oleh bayi yang dilahirkan dalam keadaan lemas (asphyxiated ), perdarahan dalam otak , penyakit meningtis , sawan yang berpanjangan dan sebagainya. Beliau juga perlu menyelidik sama ada kanak -kanak tersebut mempunyai adik - beradik lain yang terencat akal yang mungkin boleh dikaitkan dengan faktor baka.
Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak -kanak. Kanak -kanak mungkin menjadi lebih resah hiperaktif , lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak -kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini penting terutamanya jika pakar mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang dimakan. Walau bagaimanapun , aspek ini tidak akan diulas dengan panjang lebar dalam bab ini.
Sewaktu melakukan pemeriksaan fizikal , keadaan -keadaan seperti kurang daya penglihatan atau pendengaran  , kekok tangan masalah sawan , gangguan pada urat saraf yang mungkin mengakibatkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas dan lemah anggota tangan atau kakinya perlu juga dikenal pasti. Jika disyaki pendengarannya kurang jelas , ujian yang terperinci perlu dijalankan. penilaian psyho- educational penting untuk mengetahui kekuatan pembelajarannya pada masa itu. Jika kanak -kanak itu diasyaki menghidap sesuatu pemyakit , doktor akan menjalankan ujian -ujian yang sewajarnya.
 Kini , bilangan yang mahir dalam menjalankan penilaian terperinci keatas kanak -kanak yang mengalami masalah pembelajaran bagi mengenal pasti unsur -unsur disfungsi perkembangan (elements of devefunctions ) masih kurang. Penilaian seperti ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti ciri -ciri kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada seseorang kanak -kanak itu. Maklumat -maklumat ini akan membolehkan pihak yang berkenaan memilih dan menjalankan strategi -strategi pendidikan yang khas dengan berkesan ke atas kanak -kanak tersebut. Cara rawatan atau latihan seharusnya berbeza diantara seorang kanak -kanak dengan yang lain.
Kanak -kanak yang mengalami sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy sering tidak sedarkan diri beberapa ketika dan keadaan ini mungkin berlaku berpuluh -puluh kali dalam sehari. Ini sudah pasti akan mengganggu pelajarannya. Dia perlu diberikan ubat mencegah sawan. Kanak -kanak yang terlalu singkat tumpuan perhatiannya mungkin boleh dibantu dengan ubat - ubat stimulant tertentu dankaedah pengubahsuaian tingkah laku ( behavioural modification method ). Murid -murid yang lemah daya inggatan digalakkan menggariskan perkara -perkara utama atau key -points dalam sesuatu perenggan dan membacanya berulang -ulang kali supaya mudah diingat.
Masalah membaca  
 Kadang kala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan -latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak -kanak itu supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya .
Ada beberapa cara untuk membantu murid -murid sekolah yang masih tidak boleh membaca. Kanak -kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya mentelaah buku -buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak -kanak  ini boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang berpengalaman. Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia bersedia untuk membaca. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash -cards boleh mendatangkan minat membaca kepadak anak -kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai buku juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong. Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan yang tertulis.
Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording ) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension )
Keupayaan membaca dikalangan kanak-kank boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah  peringkat dimana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang mengandungi gambar-gambar menarik Lazimnya. Pada peringakt usia lima hingga enam tahun, dia sudah mula mengenai huruf secara merangkak-rangkak. Semakin lama, dia semakin cekap sehingga boleh mengeja sesuatu perkataan. Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau tiga, dia sudah cekap membaca tanpa memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang dibacanya. Ini berbeza dengan kanak-kanak dalam darjah lima keatas yang sudah mula berfikir tentang makna setiaap sesuatu yang dibacanya. Dia mula mempersoalkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku-buku tersebut. Tumpuan perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih menggunakan ingatannya sewaktu membaca. Pada peringkat ini, seseorang kanak-kanak yang lemah daya ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya sering menghadapi masalah memahami apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam buku-buku tersebut lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untuk memahami apa yang dibaca. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 12 tahun keatas sudah boleh membuat ringkasan terhadap sesuatu yang dibacanya. Kanak-kanak yang sudah pandai meringkaskan, menganalisa dan menyusun denagn kemas  maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pembacaan akan dapat menunjukkan prestasi akademik yang baik. Sebaliknya, kanak-kanak yang lambat mengenal huruf dan lambat membaca akan mengalami masalah.  Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami apa yang dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut terjejas.         
Kadangkala , terdapat kanak -kanak yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu perenggan dalam buku yang dibacanya , tetapi apabila disoal , dia tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Keluhan seperti " saya fikirkan saya faham apa yang saya baca " sering kedengaran. Situasi seperti ini perlu dianalisa untuk mengetahui punca yang menyebabkan kanak-kanak ini tidak memahami apa yang dibaca. Kemudian tumpuan perhatiannya terlalu singkat atau dia tidak membaca secara aktif. Dia perlu digalakkan supaya sering bertanya pada dirinya apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Kadang kala , si anak itu sendiri tidak faham apa yang dibaca kerana kelemahannya memahami bahasa yang digunakan. Sesuatu perkataan yang tidak difahami akan mengaburi konsep yang ingin disampaikan. Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh si penulis kerana terlalu kompleks. Oleh itu , dia memerlukan penjelasan gurunya. Kadangkala pula dia memang tidak ingat apa yang telah dibacanya dan mengulang membaca.
 Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak , ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca dari kecil lagi. Kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya , peluang -peluang serta sumber -sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya.
Kanak -kanak hiperaktif 
Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat , sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu , kanak -kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau , tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.
Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasayang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering berasa terasing. Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga 40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh memberikan perhatian yang khusus pada murid ini sahaja.
Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya , dia sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kanak -kanak serti inimemerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan satu ( one -to -one opproach ). Guru-guru perlu sering memberikan peringatan kepada murid ini sama ada melalui isyarat atau mengetuk meja untuk mendapatkan perhatianya dari semasa kesemasa. Adalakanya, pakar kana-kana perlu memberikan ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi.
Kekekokan 
Ada juga kanak-kanak yang kekok dan tidak dapat menulis degan cepat. Ini menyebabkan dia lambat menghabiskan latihan-latihan menulis yang diberikan. Kanak-kanak seperti ini memerlukan lebih banyak latihan untuk meningkatkan kemahiran penulisannya. Tatkala kanak-kanak lain sudah boleh menulis ayat-ayat yang disebutkan oleh gurunya, dia pula terlalu lambat kerana masih belum cekap mengeluarkan maklumat yang diperlukan dari ingatannya dengan cepat atau secara automatik. Ini boleh meletihkan mentalnya dan mengakibatkan tulisannya sukar dibaca. Sayang sekali, dia sering diaggap lembab walaupun dia mungkin seorang yang cerdik.
Gangguan Emosi 
Gangguan emosi boleh menyebabkan  seseorang kanak-kanak itu tidak maju didalam pelajarannya. Sering juga terdapat kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran kerana gangguan-gangguan seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang berpunca daripada gangguan emosinya. Contohnya ialah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang secara mendadak merosot dalam pelajarannya sejak enam bulan kebelakangan..
 Sebelum itu dia merupakan murid yang cerdik dan menunjukkan prestasi yang sangat baik di sekolah. Sejak enam bulan yang lalu, ibu bapanya mengalami masalah rumahtangga dan sedang berura-ura untuk berpisah.  Ini telah menimbulkan suasana rumahtangga yang tidak harmoni yang meyebabkan si anak sering mengeluh tidak sihat. Kanak -kanak yang mengalami gangguan emosi perlulah dikenal pasti supaya boleh diberi kaunseling untuk membantunya mengatasi masalah emosinya. 
Kaunseling memerlukan penglibatan seluruh ahli keluarga untuk mencari jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya.  Masalah pembelajaran dikalangan kanak-kanak memang sering berlaku dan kebanyakannya boleh diatasi degan menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu. Pendekatan-pendekatan ini perlulah mengambil kira ciri-ciri kekuatan dan kelemahan kanak-kanak berkenaan.
Strategi-strategi bypass yang sesuai boleh diaturkan bagi membolehkan dia mengatasi kelemahannya. Gelaran-gelaran seperti rencat akal (mental handicap), hiperaktif (hyperactivity) dan sebagainya tidak ada guna baginya sama sekali tanpa langkah-langkah intervensi yang sewajarnya.  Sebaliknya, adalah lebih baik diwujukan program-program bagi membantu mengatasi masalah kanak-kanak ini. Kebanyakan kanak-kanak yang diberikan perhatian dan latihan-latihan akan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya maju dalam pelajaran mereka.
Tanggungjawab untuk membantu anak-anak yang bermasalah ini bukan hanya terletak diatas bahu para  profesional atau guru-guru sekolah sahaja malah ibu bapa juga perlu mengambil perhatian berat dan memastikan anak-anak mereka mengikut latihan-latihan khas dirumah.

Monday, May 31, 2010

KISAH CINTA SANG SUAMI (WAJAR ANDA BACA IF ANDA SUDAH BERCINTA AGAR MENJADI CONTOH)

Artikel cinta ini berdasarkan kisah yang benar.
Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.
Mereka dikurniakan 4 orang anak …….di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ………
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.
Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.
Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.
Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.
Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.
Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.
Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.
Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : “Pak kami ingin sekali merawat ibu … Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.”
Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ………
“Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini …..
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini… kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,” ujar anaknya yang sulung merayu.
Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.
“Anak-anakku. …. jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu…. mungkin bapak akan berkahwin lagi…. tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku… . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian…”
Sejenak kerongkongannya tersekat…”Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?
Kalian menginginkan bapak bahagia …. Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?
Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain …….bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?
Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno…Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya… Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu…
Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno…
Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?
Ketika itu pak Suyatno pun menangis….tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru…
Disitulah Pak Suyatno bercerita…Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur…
Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya …….Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya… Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik…
Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah… Dan itu merupakan ujian bagi saya.
Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit … Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.
Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya…kerana DIA maha Mendengar… .
Adakah anda sanggup berkorban sebegini demi cinta?

Kemelut hukum khalwat



Oleh Idris Musa

PERKATAAN ‘khalwat’ berasal dari bahasa Arab ‘khalwah’ yang secara literal menunjukkan perbuatan mahu menyen diri.

PERKATAAN ‘khalwat’ berasal dari bahasa Arab ‘khalwah’ yang secara literal menunjukkan perbuatan mahu menyendiri.
Dalam Islam, ia merujuk kepada pengasingan atau ke sunyian untuk bertafakur terhadap Allah dan menginga ti-Nya, tetapi pengertian dalam konteks ini kurang popular.


Berbeza dengan masyarakat Melayu, khalwat difahami sebagai satu hal membabitkan pasangan lelaki perempuan yang bukan mahram di tempat sunyi melakukan perbuatan mungkar dan dilarang Islam.
Pasangan Islam yang berkhalwat boleh didakwa di mah kamah syariah di bawah peruntukan undang-undang jenayah syariah.
Tetapi bagaimana pula jika pasangan itu Islam dan bukan Islam, apakah hukuman hanya kepada orang Islam, ba gaimana dengan pasangannya yang bukan Islam?
Ada yang berpendapat tidak adil mendakwa dan men jatuhkan hukuman kepada pasangannya beragama Islam dan melepaskan mereka yang bukan Islam.
Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Mohd Asri Abdullah, baru-baru ini berkata orang bukan Islam mungkin boleh dihukum di mahkamah sivil agar ‘lebih adil.’
“Orang Islam akan dihukum di mahkamah syariah…tetapi kami tidak ada kuasa menghukum bukan Islam,” katanya.
Bagaimanapun, pendapat itu mengundang kontroversi.
Lantas, Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) tampil dengan mendakwa orang bukan Islam tidak boleh dikenakan hukuman dalam kes khalwat.
“Orang bukan Islam tidak boleh didakwa bawah un dang-undang Islam kerana mereka tidak menganut Islam.
“Setakat pengetahuan saya, tidak terdapat sebarang pe runtukan bawah mahkamah sivil untuk mendakwa seseorang berkhalwat dan terlalu awal untuk mengandaikan bukan Islam harus tertakluk pada pertuduhan khalwat di mahkamah sivil,” kata ketua pengarahnya, Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas.
Majlis Peguam pula berkata, menghukum pasangan bukan Islam dalam kes khalwat orang Islam melanggar hak-hak asas dalam Perlembagaan Persekutuan salah dari segi prinsip, dan mencabuli jaminan kebebasan beragama seperti Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan.
Presidennya Ambiga Sreenevasan, berkata tidak adil meng guna pakai undang-undang agama dengan cara ini terhadap individu yang tidak menganut agama berkenaan.
Selama ini pun jika ada kes khalwat membabitkan pasangan Islam dan bukan Islam, pada dasarnya hanya orang Islam yang didakwa di Mahkamah Syariah dan dikenakan hukuman, manakala orang bukan Islam yang terbabit terlepas daripada tindakan.
Mengulas perkara ini Peguam Syarie, Datuk Muhamad Burok, berkata pendapat Mohd Asri adalah satu niat yang baik.
“Semua orang kena berusaha macam mana hendak men jalankannya,” katanya.
Beliau tidak menafikan memang ada masalah mengambil tindakan terhadap orang bukan Islam yang berkhalwat de ngan pasangan Islam.
“Memang tidak boleh tuduh orang bukan Islam di mah kamah syariah. Di mahkamah sivil boleh dituduh, tetapi ada masalah lain di situ,” kata bekas presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) itu.
Katanya, sehingga kini kesalahan khalwat adalah kesalahan jenayah syariah dan mengikut enakmen negeri masing-ma sing menyebabkan pertuduhan bagi kesalahan terbabit hanya boleh dilakukan di mahkamah syariah bukannya di mah kamah sivil.
“Jadi, jika di mahkamah syariah orang yang dituduh ialah Islam, manakala orang bukan Islam tidak boleh dituduh, kerana mahkamah syariah untuk orang Islam saja,” katanya.
Beliau juga mempersoalkan, jika kes khalwat membabitkan orang bukan Islam dibawa ke mahkamah sivil, undang-un dang mana yang hendak diguna pakai?
“Orang bukan Islam terbabit tidak boleh dikenakan per tuduhan bawah undang-undang sivil, sebab tidak ada pe runtukan. Jika mahu mendakwa juga perlu menjadikan khalwat itu kesalahan sivil.
“Jika demikian, saya nampak dua undang-undang selari bagi satu kes. Jadi orang yang ditangkap ada pilihan undang-un dang di antara sivil dan syariah.
“Boleh buat kalau serius tetapi kena ingat undang-undang syariah bawah bidang kuasa kerajaan negeri, manakala sivil bawah persekutuan.
“Jika wujud dua macam peruntukan, iaitu di mahkamah syariah dan mahkamah sivil kemungkinan hukuman nanti tidak seragam. Jadi, perkara ini kena dikaji secara me nyeluruh,” katanya.
Muhammad berkata, jika mahukan pengecualian bahawa dalam kes ini orang Islam dan bukan Islam yang khalwat boleh dituduh di Mahkamah Syariah ia akan bertentangan dengan Perlembagaan.
Justeru, katanya, dalam perkara ini ia agak rumit untuk diselesaikan tetapi demi maruah orang Islam ia patut di berikan pertimbangan.
“Sepatutnya orang bukan Islam juga perlu menerima hu kuman apabila melakukan kesalahan ini dengan orang Islam, kerana dia melanggar hak asasi orang Islam, bukan saja menodai pasangannya yang Islam, tetapi kesannya ialah agama Islam.
“Jadi, jika dinilai kembali ada hak untuk memberikan perlindungan kepada agama Islam kerana Islam agama rasmi tertakluk bawah Perlembagaan.
“Orang bukan Islam kena sanggup terima risiko, sebab dia sanggup menodai Islam itu sendiri.
“Cuma apa yang terjadi hari ini adalah kerana undang-un dang itu ciptaan manusia, yang akhirnya membawa masalah, jadi manusia jugalah kena mencari jalan bagi menyelesaikannya,” katanya.

Zina Hati? Tangan? Kaki? Mulut? Mata?

Posted on  by leokid
Terlebih dahulu, saya meminta diri saya dan rakan-rakan yang lain merujuk kepada penulisan di bawah:
Assalamu’alaikum… saya ingin menanyakan tentang hadits ini:
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. telah bersabda yang artinya, “Kedua mata itu bisa melakukan zina, kedua tangan itu (bisa) melakukan zina, kedua kaki itu (bisa) melakukan zina. Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin.” (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Ibn Abbas dan Abu Hurairah). dan
“Tercatat atas anak Adam nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua mata zinanya melihat, kedua teling zinanya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhazrat dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.” (HR Bukhari).
yang ingin saya tanyakan apa yang di maksud dengan “semua itu dibenarkan oleh kelamin atau d gagalkan”…? apakah yang dimasud disini zina seperti melakukan hubungan suami istri, atau hanya merasakan adanya getaran ketika sedang berbicara (tidak secara langsung dan tidak berdua), apakah hal tersebut termasuk zina hati…?
Jawaban M Shodiq Mustika:
wa’alaykumus salaam…
Ungkapan “Dan semuanya dibenarkan atau ditidakkan oleh alat kelamin”, yang merupakan pengertian zina yang sesungguhnya, itu menunjukkan penjelasan terhadap “sesuatu” pada ungkapan-ungkapan sebelumnya.
Zinanya mata adalah melihat [sesuatu], zinanya lisan adalah mengucapkan [sesuatu], zinanya hati adalah mengharap dan menginginkan [sesuatu], sedangkan alat kelamin membenarkan atau mendustakan itu [semua]. … (HR Bukhari & Muslim)
Jadi, “sesuatu” yang hendaknya kita hindari itu adalah yang mengarah pada hubungan kelamin. Inilah yang dimaksud dengan “sedangkan alat kelamin membenarkan atau mendustakan itu [semua]“.
Dengan demikian, melihat nonmuhrim tidak selalu merupakan zina mata. Yang tergolong “zina mata” (berzina dengan mata) adalah melihat dengan syahwat. Misalnya: memandangi foto porno, mengintip cewek mandi, dsb.
Secara demikian pula, menyampaikan kata-kata mesra kepada sang pacar bukanlah tergolong “zina lisan”. Yang tergolong “zina lisan” adalah yang disertai dengan nafsu birahi. Contohnya: ucapan mesum kepada sang kekasih, “Aku ingin sekali meletakkan mulutku ke mulutmu berpagutan dalam ciuman.”
Dengan demikian pula, merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia bukanlah tergolong “zina hati”. Pengertian “zina hati” (berzina dalam hati) adalah mengharap dan menginginkan pemenuhan nafsu birahi. Contohnya: berpikiran mesum, “Kapan-kapan aku akan ke tempat kostnya saat sepi tiada orang lain. Siapa tahu dia mau kuajak ‘begituan’.”
Demikian pula untuk “zina tangan”, “zina kaki”, dan berbagai aktivitas mendekati-zina lainnya
Wallaahu a’lam.
.

Polis Cinta?

Zaman sekarang, tidak dinafikan gejala sosial kian meningkat. Sana sini anak muda berpacaran, berteman. Namun bagaikan mematuhi sunnatullah, satu daya akan menghasilkan reaksi daya bertentangan yang sama besar magnitudnya. Hasil dari kebejatan sosial anak muda zaman sekarang, lahirlah pendokong-pendokong amar makruf nahi mungkar yang bertindak sebagai “polis”.
Ini satu perkembangan yang bagus sebenarnya. Sesuai dengan firman Allah dalam Surah Ali-Imran ayat 104, iaitu:
Pun begitu, dalam menulusuri pergerakan para pendakwah yang cukup enthusias, tidak dapat tidak; ada segelintir yang mengamalkan prinsip machiavelli dalam amar makruf, termasuklah nahi mungkar. Akibatnya, mereka tenggelam dalam semangat dan enthusiasm yang ada, satu fenomena yang saya gelarkan sebagai – “silau dengan cahaya yang terlalu terang.” Peringatan yang sepatutnya disampaikan dengan “berpesan-pesan dengan kebenaran”, kini tidak lagi bersandarkan kebenaran semata, sebaliknya digubah dan diolah dengan ayat sendiri.
Perkara ini akan saya kupas dengan lebih lanjut dalam artikel yang bakal menyusul nanti. Malahan, ada juga saya sentuh serba sedikit dibawah point “pendakwah gemar menakut-nakutkan mad’u” dalam post sebelum ini. Pun begitu, dalam post kali ini, saya memfokus kepada golongan pendakwah “polis cinta” yang tegar menghukumi “zina” kepada masyarakat awam, remaja khususnya.
Ramai polis cinta suka memetik hadis zina di atas, dalam usaha mengaitkannya dengan zina mata, zina tangan, zina hati dan sebagainya. Namun turut dikesali, apabila hadis tersebut diutarakan, tidak ramai yang nampak/memfokus kepada ayat terakhir dalam hadis tersebut – “Semua itu dibenarkan/direalisasikan oleh alat kelamin (kemaluan), atau digagalkannya.”. Silau mungkin?
Sedangkan ayat tersebut adalah kunci utama dalam hadis itu. Sebagaimana penerangan dari artikel yang saya petik di atas. Ayat terakhir itu menjadi tulang/tiang kepada keseluruhan maksud hadis itu sendiri, bahawasanya yang dikira zina itu adalah yang membawa kepada zina kemaluan yang sebenar, adapun yang tidak berakhir dengan zina kemaluan maka itulah yang dimaksudkan dengan “digagalkannya”!
.

Apa itu zina “anggota”?

Perbuatan yang menjurus kepada zina, itulah yang dianggap zina dalam hadis ini. Melihat lawan jantina dengan nafsu berahi dan syahwat, itu barulah dikira zina mata. Tangan mengklik dan menaip URL laman web porno, itu zina tangan. Hati berangan-angan dan membayangkan zina dengan seseorang, itu zina hati.
Islam agama yang tidak memberatkan minda, tidak menyalahi fitrah, tidak terlalu syadid. Islam tidak semudah itu nak menghukum mereka yang berbalas mesej di YahooMessenger, sudah dikira zina tangan! Menyanggahi batas perhubungan dan ikhtilat, itu mungkin benar. Tapi zina tangan, itu sudah lain skop dan konsepnya!
Islam tidak semudah itu, nak menghukum mereka yang melihat gambar lelaki/wanita sebagai zina mata. Menyanggahi perintah Allah agar menundukkan pandangan, itu mungkin benar. Tapi zina mata, itu sudah lain skop dan konsepnya!
Islam tidak semudah itu, nak menghukum mereka yang merindui dan mengingati pasangan sebagai zina hati. Melalaikan dari mengingati Allah, melaghakan dsb, itu mungkin benar. Tapi zina hati, itu sudah lain skop dan konsepnya!
Mengaitkan dengan sikap segelintir golongan pendakwah “polis-cinta”, apabila ada di antara mereka yang mudah sekali melonggokkan dan melabel semua perbuatan tersebut di bawah kalimat zina!
Mungkin para polis cinta itu boleh menyoroti kisah cinta Mughits dan Barirah. Bagaimana cintanya Mughits yang memandang, mengekori Barirah, sehinggakan menangis berjuraian air matanya. Kalau mengikut definisi polis cinta zaman milennium ini, pastilah Mughits itu digelar melakukan zina kaki, zina mata, zina hati!
Sedangkan apa yang Rasulullah kata? “Tidakkah engkau merasa takjub dengan rasa cinta Mughits pada Barirah?
Berpada-padalah!
.

Tidak Pula Mengharuskan

Pun begitu, tidaklah saya berhasrat menjadikan penulisan saya ini sebagai “tiket” untuk menghalalkan perhubungan batasan lelaki perempuan. Tidak! Perbatasan lelaki perempuan, tetap terikat kepada syariat yang Allah gariskan dalam alQuran serta melalui sunnah Rasulullah.
Terdapat sekurang-kurangnya tujuh panduan/larangan dari Quran dan Sunnah mengenai perhubungan lelaki perempuan, iaitu
- Tidak mendedahkan aurat (QS Nur 31)
- Menundukkan pandangan (QS Nur 30-31)
- Berurusan hanya sekadar keperluan (QS Al-Ahzaab 53)
- Tidak melunakkan suara bagi wanita (QS Al-Ahzaab 32)
- Tidak bertabarruj/bersolek untuk menarik perhatian
- Tidak boleh berdua-duaan tanpa mahram (Hadis)
- Tidak boleh bersentuhan (Hadis)

Perkara-perkara di atas adalah wajib dipatuhi, sama ada oleh pasangan bercinta mahupun muamalah biasa antara lelaki dan wanita. InshaAllah, saya akan cuba kupas dalam artikel yang akan datang.
Saya faham, keghairahan para polis cinta dalam membendung masalah hati remaja sekarang ini, namun kesan yang timbul akibat semangat mereka turut devastated/mengundang bencana. “Oh, semudah itukah melakukan zina?”, merupakan impressi yang ditanam kepada jiwa kanak-kanak yang bersih yang baru nak menginjak remaja. Apatah lagi jika itu impressi yang tertanam kepada non-muslim, sekaligus membenihkan salah faham terhadap Islam itu sendiri.
.

Mudahkah melakukan Zina?

Jangan Berkahwin Sekadar Untuk Mendapatkan Sijil Halal
Seterusnya saya mengingatkan setiap peserta, agar tidak memberikan alasan “saya kena kahwin segera ustaz, takut terjebak ke benda-benda yang haram”.
Seorang di Southampton, seorang lagi di Dublin… tiba-tiba memberi alasan takut ‘terzina’???
Untuk pasangan ini berzina, si lelaki itu perlu menempah tiket dari halaman web Ryanair.Com, kemudian mengemas beg dan mengambil bas dari Grafton Street ke Dublin Airport, check in, menaiki pesawat, terbang satu jam menyeberangi Irish Sea, mendarat di Bournemouth Airport, melalui imigresen, mengambil beg, menaiki bas ke bandar Southampton dan akhirnya berzina!!!
Ini bukan kes takut terzina, tetapi kes memang ‘berjihad untuk berzina’ malah ketagih zina dan lupa diri. Sewajarnya saya melayangkan barang sebutir dua pelempang kepada orang seperti ini agar bangkit dan sedar dari alasannya “saya kena kahwin segera sebab takut terzina”.
Lainlah jika masing-masing belajar di universiti yang sama, di kelas yang sama, hari-hari bertemu dan yang tinggal hanya ‘to be or not to be‘!
Itu pun, saya masih berasa tidak wajar untuk seseorang itu membuat keputusan berkahwin hanya sekadar untuk mendapatkan Sijil Halal! Kahwin kerana takut zina, seolah-olah itu sahaja yang ada di mindanya tentang makna perkahwinan. Tidakkah dia sedar bahawa cabaran tanggungjawab selepas berkahwin adalah jauh lebih besar dan sulit dari sekadar cabaran menolak zina?
Jangan buktikan yang jati dirimu selemah itu. Jika menolak zina sudah sampai mencetuskan porak peranda hidupmu, di manakah kejantananmu untuk memimpin isteri dan anak-anak?
.

Cinta?

Cinta itu fitrah yang suci, lahir dari sifat Ar-Rahim Allah sendiri. Sungguh, Allah tidak pernah melarang dan mengharamkan cinta, sebaliknya memberi petunjuk dan panduan kepada manusia agar membawa cinta itu kepada jalanNya.
Dan itulah yang saya syorkan kepada para polis cinta. Janganlah terus dihukum penzina kepada orang yang bercinta, sebaliknya pandulah mereka ke arah memanifestasikan cinta di jalan yang betul dan halal.
Akan menghinalah mereka yang tak mengenal cinta
Sungguh cintamu padanya wajar adanya
Mereka kata, cinta buat kau gila
Padahal kau orang paling faham agama

Ku katakan pada mereka
Mengapa kalian iri padanya?
Jawabnya
Kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa

Bila masanya Muhammad mengharamkan cinta
Dan apakah ia menghina umatnya yang jatuh cinta
Janganlah kau berlagak mulia
Dengan menyebut cinta sebagai dosa

Janganlah kau pedulikan apa kata orang tentang cinta
Entah yang berkata keras atau halus biasa
Bukankah manusia harus menetapi pilihannya
Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa

Tauqul Hamamah (The Ring of the Dove), kitab oleh Ibnu Hazm al-Andalusii. Penterjemah asal tidak diketahui.
Wallahua’lam. Wassalam.