Monday, May 31, 2010

KISAH CINTA SANG SUAMI (WAJAR ANDA BACA IF ANDA SUDAH BERCINTA AGAR MENJADI CONTOH)

Artikel cinta ini berdasarkan kisah yang benar.
Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.
Mereka dikurniakan 4 orang anak …….di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ………
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.
Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.
Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.
Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.
Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.
Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.
Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.
Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : “Pak kami ingin sekali merawat ibu … Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.”
Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ………
“Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini …..
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini… kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,” ujar anaknya yang sulung merayu.
Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.
“Anak-anakku. …. jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu…. mungkin bapak akan berkahwin lagi…. tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku… . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian…”
Sejenak kerongkongannya tersekat…”Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?
Kalian menginginkan bapak bahagia …. Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?
Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain …….bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?
Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno…Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya… Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu…
Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno…
Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?
Ketika itu pak Suyatno pun menangis….tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru…
Disitulah Pak Suyatno bercerita…Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur…
Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya …….Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya… Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik…
Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah… Dan itu merupakan ujian bagi saya.
Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit … Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.
Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya…kerana DIA maha Mendengar… .
Adakah anda sanggup berkorban sebegini demi cinta?

Kemelut hukum khalwat



Oleh Idris Musa

PERKATAAN ‘khalwat’ berasal dari bahasa Arab ‘khalwah’ yang secara literal menunjukkan perbuatan mahu menyen diri.

PERKATAAN ‘khalwat’ berasal dari bahasa Arab ‘khalwah’ yang secara literal menunjukkan perbuatan mahu menyendiri.
Dalam Islam, ia merujuk kepada pengasingan atau ke sunyian untuk bertafakur terhadap Allah dan menginga ti-Nya, tetapi pengertian dalam konteks ini kurang popular.


Berbeza dengan masyarakat Melayu, khalwat difahami sebagai satu hal membabitkan pasangan lelaki perempuan yang bukan mahram di tempat sunyi melakukan perbuatan mungkar dan dilarang Islam.
Pasangan Islam yang berkhalwat boleh didakwa di mah kamah syariah di bawah peruntukan undang-undang jenayah syariah.
Tetapi bagaimana pula jika pasangan itu Islam dan bukan Islam, apakah hukuman hanya kepada orang Islam, ba gaimana dengan pasangannya yang bukan Islam?
Ada yang berpendapat tidak adil mendakwa dan men jatuhkan hukuman kepada pasangannya beragama Islam dan melepaskan mereka yang bukan Islam.
Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Mohd Asri Abdullah, baru-baru ini berkata orang bukan Islam mungkin boleh dihukum di mahkamah sivil agar ‘lebih adil.’
“Orang Islam akan dihukum di mahkamah syariah…tetapi kami tidak ada kuasa menghukum bukan Islam,” katanya.
Bagaimanapun, pendapat itu mengundang kontroversi.
Lantas, Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) tampil dengan mendakwa orang bukan Islam tidak boleh dikenakan hukuman dalam kes khalwat.
“Orang bukan Islam tidak boleh didakwa bawah un dang-undang Islam kerana mereka tidak menganut Islam.
“Setakat pengetahuan saya, tidak terdapat sebarang pe runtukan bawah mahkamah sivil untuk mendakwa seseorang berkhalwat dan terlalu awal untuk mengandaikan bukan Islam harus tertakluk pada pertuduhan khalwat di mahkamah sivil,” kata ketua pengarahnya, Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas.
Majlis Peguam pula berkata, menghukum pasangan bukan Islam dalam kes khalwat orang Islam melanggar hak-hak asas dalam Perlembagaan Persekutuan salah dari segi prinsip, dan mencabuli jaminan kebebasan beragama seperti Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan.
Presidennya Ambiga Sreenevasan, berkata tidak adil meng guna pakai undang-undang agama dengan cara ini terhadap individu yang tidak menganut agama berkenaan.
Selama ini pun jika ada kes khalwat membabitkan pasangan Islam dan bukan Islam, pada dasarnya hanya orang Islam yang didakwa di Mahkamah Syariah dan dikenakan hukuman, manakala orang bukan Islam yang terbabit terlepas daripada tindakan.
Mengulas perkara ini Peguam Syarie, Datuk Muhamad Burok, berkata pendapat Mohd Asri adalah satu niat yang baik.
“Semua orang kena berusaha macam mana hendak men jalankannya,” katanya.
Beliau tidak menafikan memang ada masalah mengambil tindakan terhadap orang bukan Islam yang berkhalwat de ngan pasangan Islam.
“Memang tidak boleh tuduh orang bukan Islam di mah kamah syariah. Di mahkamah sivil boleh dituduh, tetapi ada masalah lain di situ,” kata bekas presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) itu.
Katanya, sehingga kini kesalahan khalwat adalah kesalahan jenayah syariah dan mengikut enakmen negeri masing-ma sing menyebabkan pertuduhan bagi kesalahan terbabit hanya boleh dilakukan di mahkamah syariah bukannya di mah kamah sivil.
“Jadi, jika di mahkamah syariah orang yang dituduh ialah Islam, manakala orang bukan Islam tidak boleh dituduh, kerana mahkamah syariah untuk orang Islam saja,” katanya.
Beliau juga mempersoalkan, jika kes khalwat membabitkan orang bukan Islam dibawa ke mahkamah sivil, undang-un dang mana yang hendak diguna pakai?
“Orang bukan Islam terbabit tidak boleh dikenakan per tuduhan bawah undang-undang sivil, sebab tidak ada pe runtukan. Jika mahu mendakwa juga perlu menjadikan khalwat itu kesalahan sivil.
“Jika demikian, saya nampak dua undang-undang selari bagi satu kes. Jadi orang yang ditangkap ada pilihan undang-un dang di antara sivil dan syariah.
“Boleh buat kalau serius tetapi kena ingat undang-undang syariah bawah bidang kuasa kerajaan negeri, manakala sivil bawah persekutuan.
“Jika wujud dua macam peruntukan, iaitu di mahkamah syariah dan mahkamah sivil kemungkinan hukuman nanti tidak seragam. Jadi, perkara ini kena dikaji secara me nyeluruh,” katanya.
Muhammad berkata, jika mahukan pengecualian bahawa dalam kes ini orang Islam dan bukan Islam yang khalwat boleh dituduh di Mahkamah Syariah ia akan bertentangan dengan Perlembagaan.
Justeru, katanya, dalam perkara ini ia agak rumit untuk diselesaikan tetapi demi maruah orang Islam ia patut di berikan pertimbangan.
“Sepatutnya orang bukan Islam juga perlu menerima hu kuman apabila melakukan kesalahan ini dengan orang Islam, kerana dia melanggar hak asasi orang Islam, bukan saja menodai pasangannya yang Islam, tetapi kesannya ialah agama Islam.
“Jadi, jika dinilai kembali ada hak untuk memberikan perlindungan kepada agama Islam kerana Islam agama rasmi tertakluk bawah Perlembagaan.
“Orang bukan Islam kena sanggup terima risiko, sebab dia sanggup menodai Islam itu sendiri.
“Cuma apa yang terjadi hari ini adalah kerana undang-un dang itu ciptaan manusia, yang akhirnya membawa masalah, jadi manusia jugalah kena mencari jalan bagi menyelesaikannya,” katanya.

Zina Hati? Tangan? Kaki? Mulut? Mata?

Posted on  by leokid
Terlebih dahulu, saya meminta diri saya dan rakan-rakan yang lain merujuk kepada penulisan di bawah:
Assalamu’alaikum… saya ingin menanyakan tentang hadits ini:
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. telah bersabda yang artinya, “Kedua mata itu bisa melakukan zina, kedua tangan itu (bisa) melakukan zina, kedua kaki itu (bisa) melakukan zina. Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin.” (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Ibn Abbas dan Abu Hurairah). dan
“Tercatat atas anak Adam nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua mata zinanya melihat, kedua teling zinanya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhazrat dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.” (HR Bukhari).
yang ingin saya tanyakan apa yang di maksud dengan “semua itu dibenarkan oleh kelamin atau d gagalkan”…? apakah yang dimasud disini zina seperti melakukan hubungan suami istri, atau hanya merasakan adanya getaran ketika sedang berbicara (tidak secara langsung dan tidak berdua), apakah hal tersebut termasuk zina hati…?
Jawaban M Shodiq Mustika:
wa’alaykumus salaam…
Ungkapan “Dan semuanya dibenarkan atau ditidakkan oleh alat kelamin”, yang merupakan pengertian zina yang sesungguhnya, itu menunjukkan penjelasan terhadap “sesuatu” pada ungkapan-ungkapan sebelumnya.
Zinanya mata adalah melihat [sesuatu], zinanya lisan adalah mengucapkan [sesuatu], zinanya hati adalah mengharap dan menginginkan [sesuatu], sedangkan alat kelamin membenarkan atau mendustakan itu [semua]. … (HR Bukhari & Muslim)
Jadi, “sesuatu” yang hendaknya kita hindari itu adalah yang mengarah pada hubungan kelamin. Inilah yang dimaksud dengan “sedangkan alat kelamin membenarkan atau mendustakan itu [semua]“.
Dengan demikian, melihat nonmuhrim tidak selalu merupakan zina mata. Yang tergolong “zina mata” (berzina dengan mata) adalah melihat dengan syahwat. Misalnya: memandangi foto porno, mengintip cewek mandi, dsb.
Secara demikian pula, menyampaikan kata-kata mesra kepada sang pacar bukanlah tergolong “zina lisan”. Yang tergolong “zina lisan” adalah yang disertai dengan nafsu birahi. Contohnya: ucapan mesum kepada sang kekasih, “Aku ingin sekali meletakkan mulutku ke mulutmu berpagutan dalam ciuman.”
Dengan demikian pula, merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia bukanlah tergolong “zina hati”. Pengertian “zina hati” (berzina dalam hati) adalah mengharap dan menginginkan pemenuhan nafsu birahi. Contohnya: berpikiran mesum, “Kapan-kapan aku akan ke tempat kostnya saat sepi tiada orang lain. Siapa tahu dia mau kuajak ‘begituan’.”
Demikian pula untuk “zina tangan”, “zina kaki”, dan berbagai aktivitas mendekati-zina lainnya
Wallaahu a’lam.
.

Polis Cinta?

Zaman sekarang, tidak dinafikan gejala sosial kian meningkat. Sana sini anak muda berpacaran, berteman. Namun bagaikan mematuhi sunnatullah, satu daya akan menghasilkan reaksi daya bertentangan yang sama besar magnitudnya. Hasil dari kebejatan sosial anak muda zaman sekarang, lahirlah pendokong-pendokong amar makruf nahi mungkar yang bertindak sebagai “polis”.
Ini satu perkembangan yang bagus sebenarnya. Sesuai dengan firman Allah dalam Surah Ali-Imran ayat 104, iaitu:
Pun begitu, dalam menulusuri pergerakan para pendakwah yang cukup enthusias, tidak dapat tidak; ada segelintir yang mengamalkan prinsip machiavelli dalam amar makruf, termasuklah nahi mungkar. Akibatnya, mereka tenggelam dalam semangat dan enthusiasm yang ada, satu fenomena yang saya gelarkan sebagai – “silau dengan cahaya yang terlalu terang.” Peringatan yang sepatutnya disampaikan dengan “berpesan-pesan dengan kebenaran”, kini tidak lagi bersandarkan kebenaran semata, sebaliknya digubah dan diolah dengan ayat sendiri.
Perkara ini akan saya kupas dengan lebih lanjut dalam artikel yang bakal menyusul nanti. Malahan, ada juga saya sentuh serba sedikit dibawah point “pendakwah gemar menakut-nakutkan mad’u” dalam post sebelum ini. Pun begitu, dalam post kali ini, saya memfokus kepada golongan pendakwah “polis cinta” yang tegar menghukumi “zina” kepada masyarakat awam, remaja khususnya.
Ramai polis cinta suka memetik hadis zina di atas, dalam usaha mengaitkannya dengan zina mata, zina tangan, zina hati dan sebagainya. Namun turut dikesali, apabila hadis tersebut diutarakan, tidak ramai yang nampak/memfokus kepada ayat terakhir dalam hadis tersebut – “Semua itu dibenarkan/direalisasikan oleh alat kelamin (kemaluan), atau digagalkannya.”. Silau mungkin?
Sedangkan ayat tersebut adalah kunci utama dalam hadis itu. Sebagaimana penerangan dari artikel yang saya petik di atas. Ayat terakhir itu menjadi tulang/tiang kepada keseluruhan maksud hadis itu sendiri, bahawasanya yang dikira zina itu adalah yang membawa kepada zina kemaluan yang sebenar, adapun yang tidak berakhir dengan zina kemaluan maka itulah yang dimaksudkan dengan “digagalkannya”!
.

Apa itu zina “anggota”?

Perbuatan yang menjurus kepada zina, itulah yang dianggap zina dalam hadis ini. Melihat lawan jantina dengan nafsu berahi dan syahwat, itu barulah dikira zina mata. Tangan mengklik dan menaip URL laman web porno, itu zina tangan. Hati berangan-angan dan membayangkan zina dengan seseorang, itu zina hati.
Islam agama yang tidak memberatkan minda, tidak menyalahi fitrah, tidak terlalu syadid. Islam tidak semudah itu nak menghukum mereka yang berbalas mesej di YahooMessenger, sudah dikira zina tangan! Menyanggahi batas perhubungan dan ikhtilat, itu mungkin benar. Tapi zina tangan, itu sudah lain skop dan konsepnya!
Islam tidak semudah itu, nak menghukum mereka yang melihat gambar lelaki/wanita sebagai zina mata. Menyanggahi perintah Allah agar menundukkan pandangan, itu mungkin benar. Tapi zina mata, itu sudah lain skop dan konsepnya!
Islam tidak semudah itu, nak menghukum mereka yang merindui dan mengingati pasangan sebagai zina hati. Melalaikan dari mengingati Allah, melaghakan dsb, itu mungkin benar. Tapi zina hati, itu sudah lain skop dan konsepnya!
Mengaitkan dengan sikap segelintir golongan pendakwah “polis-cinta”, apabila ada di antara mereka yang mudah sekali melonggokkan dan melabel semua perbuatan tersebut di bawah kalimat zina!
Mungkin para polis cinta itu boleh menyoroti kisah cinta Mughits dan Barirah. Bagaimana cintanya Mughits yang memandang, mengekori Barirah, sehinggakan menangis berjuraian air matanya. Kalau mengikut definisi polis cinta zaman milennium ini, pastilah Mughits itu digelar melakukan zina kaki, zina mata, zina hati!
Sedangkan apa yang Rasulullah kata? “Tidakkah engkau merasa takjub dengan rasa cinta Mughits pada Barirah?
Berpada-padalah!
.

Tidak Pula Mengharuskan

Pun begitu, tidaklah saya berhasrat menjadikan penulisan saya ini sebagai “tiket” untuk menghalalkan perhubungan batasan lelaki perempuan. Tidak! Perbatasan lelaki perempuan, tetap terikat kepada syariat yang Allah gariskan dalam alQuran serta melalui sunnah Rasulullah.
Terdapat sekurang-kurangnya tujuh panduan/larangan dari Quran dan Sunnah mengenai perhubungan lelaki perempuan, iaitu
- Tidak mendedahkan aurat (QS Nur 31)
- Menundukkan pandangan (QS Nur 30-31)
- Berurusan hanya sekadar keperluan (QS Al-Ahzaab 53)
- Tidak melunakkan suara bagi wanita (QS Al-Ahzaab 32)
- Tidak bertabarruj/bersolek untuk menarik perhatian
- Tidak boleh berdua-duaan tanpa mahram (Hadis)
- Tidak boleh bersentuhan (Hadis)

Perkara-perkara di atas adalah wajib dipatuhi, sama ada oleh pasangan bercinta mahupun muamalah biasa antara lelaki dan wanita. InshaAllah, saya akan cuba kupas dalam artikel yang akan datang.
Saya faham, keghairahan para polis cinta dalam membendung masalah hati remaja sekarang ini, namun kesan yang timbul akibat semangat mereka turut devastated/mengundang bencana. “Oh, semudah itukah melakukan zina?”, merupakan impressi yang ditanam kepada jiwa kanak-kanak yang bersih yang baru nak menginjak remaja. Apatah lagi jika itu impressi yang tertanam kepada non-muslim, sekaligus membenihkan salah faham terhadap Islam itu sendiri.
.

Mudahkah melakukan Zina?

Jangan Berkahwin Sekadar Untuk Mendapatkan Sijil Halal
Seterusnya saya mengingatkan setiap peserta, agar tidak memberikan alasan “saya kena kahwin segera ustaz, takut terjebak ke benda-benda yang haram”.
Seorang di Southampton, seorang lagi di Dublin… tiba-tiba memberi alasan takut ‘terzina’???
Untuk pasangan ini berzina, si lelaki itu perlu menempah tiket dari halaman web Ryanair.Com, kemudian mengemas beg dan mengambil bas dari Grafton Street ke Dublin Airport, check in, menaiki pesawat, terbang satu jam menyeberangi Irish Sea, mendarat di Bournemouth Airport, melalui imigresen, mengambil beg, menaiki bas ke bandar Southampton dan akhirnya berzina!!!
Ini bukan kes takut terzina, tetapi kes memang ‘berjihad untuk berzina’ malah ketagih zina dan lupa diri. Sewajarnya saya melayangkan barang sebutir dua pelempang kepada orang seperti ini agar bangkit dan sedar dari alasannya “saya kena kahwin segera sebab takut terzina”.
Lainlah jika masing-masing belajar di universiti yang sama, di kelas yang sama, hari-hari bertemu dan yang tinggal hanya ‘to be or not to be‘!
Itu pun, saya masih berasa tidak wajar untuk seseorang itu membuat keputusan berkahwin hanya sekadar untuk mendapatkan Sijil Halal! Kahwin kerana takut zina, seolah-olah itu sahaja yang ada di mindanya tentang makna perkahwinan. Tidakkah dia sedar bahawa cabaran tanggungjawab selepas berkahwin adalah jauh lebih besar dan sulit dari sekadar cabaran menolak zina?
Jangan buktikan yang jati dirimu selemah itu. Jika menolak zina sudah sampai mencetuskan porak peranda hidupmu, di manakah kejantananmu untuk memimpin isteri dan anak-anak?
.

Cinta?

Cinta itu fitrah yang suci, lahir dari sifat Ar-Rahim Allah sendiri. Sungguh, Allah tidak pernah melarang dan mengharamkan cinta, sebaliknya memberi petunjuk dan panduan kepada manusia agar membawa cinta itu kepada jalanNya.
Dan itulah yang saya syorkan kepada para polis cinta. Janganlah terus dihukum penzina kepada orang yang bercinta, sebaliknya pandulah mereka ke arah memanifestasikan cinta di jalan yang betul dan halal.
Akan menghinalah mereka yang tak mengenal cinta
Sungguh cintamu padanya wajar adanya
Mereka kata, cinta buat kau gila
Padahal kau orang paling faham agama

Ku katakan pada mereka
Mengapa kalian iri padanya?
Jawabnya
Kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa

Bila masanya Muhammad mengharamkan cinta
Dan apakah ia menghina umatnya yang jatuh cinta
Janganlah kau berlagak mulia
Dengan menyebut cinta sebagai dosa

Janganlah kau pedulikan apa kata orang tentang cinta
Entah yang berkata keras atau halus biasa
Bukankah manusia harus menetapi pilihannya
Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa

Tauqul Hamamah (The Ring of the Dove), kitab oleh Ibnu Hazm al-Andalusii. Penterjemah asal tidak diketahui.
Wallahua’lam. Wassalam.

Kurang tarbiyah hati punca gagal kawal nafsu zina

Hikmah larangan berzina sudah dimaklumi umum. Akibat buruknya juga terbukti hari ini, kes pembuangan bayi serta pembunuhan pasangan kekasih adalah bertitik tolak daripada perlanggaran perintah Allah.
Walaupun Islam sudah menggariskan cara hidup yang sempurna merangkumi semua aspek, ada segelintir pihak mahu melanggarnya. Maka timbullah pelbagai kejadian tidak diingini dan tidak dapat diterima fitrah manusia. Zina adalah perbuatan keji yang boleh mengaibkan pemilik maruah diri, keluarga dan agama. Zina juga membawa kerosakan pada bumi. dan dapat dilihat dalam perkembangan sosial sekarang, hubungan intim tidak lagi menjadi asing dalam budaya hidup moden.
Akibatnya, janin digugurkan dan anak yang tidak sah taraf lahir, dibuang merata malah dibiarkan mati. Perbuatan ini boleh disamakan dengan pembunuhan yang balasannya juga adalah nyawa, mengikut hukum Tuhan.
Firman Allah: “Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar.” (Surah al-Israa’: 33)
Berzina sehingga melahirkan anak tidak sah taraf juga meninggalkan implikasi lain yang bersifat jangka panjang terhadap anak terbabit seperti rosaknya nasab. Allah berfirman maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan.” (Surah Al-Israa’: 32)
Buruknya zina dapat dinilai melalui amaran Allah dalam ayat itu supaya hamba-Nya tidak menghampiri sebarang perbuatan yang mendorong kepada zina.
Kebanyakan pengamal zina hari ini tahu dan faham akan larangan itu tetapi tidak berusaha menjauhinya. Apa lagi yang mampu mengelakkan golongan ini menjauhi zina melainkan kesedaran beragama dan pemantauan orang di sekeliling?
Memang benar, sekiranya empunya badan tidak berusaha kembali ke pangkal jalan, sudah tentulah tidak ada apa yang boleh merubah keadaan. Di negara yang taraf pendidikan rakyatnya tinggi, kedangkalan ilmu tidak menjadi sebab perbuatan jahiliyah ini semakin berleluasa. Apatah lagi ilmu agama hari ini mudah diperoleh dan disampaikan kepada setiap golongan masyarakat secara langsung atau tidak langsung. Mungkin juga tarbiyah hati yang kurang mencukupi menyebabkan nafsu tidak terhalang daripada terus membuat kerosakan di bumi dan akal pula tidak boleh menjadi pedoman meskipun mampu berfikir.
Walau apa pun alasannya, mencari ruang kesalahan tidak cukup untuk membetulkan keadaan. Sebaliknya, setiap ahli masyarakat perlu memainkan peranan yang sepatutnya untuk tidak membenarkan perbuatan zina berlaku di mana-mana, baik di rumah sendiri, bilik hotel, dalam semak atau di rumah tumpangan. Mengharapkan sehingga setiap individu mempunyai kesedaran tentulah tidak merancakkan langkah pencegahan, walaupun itulah yang terbaik untuk mengatasinya.
Firman Allah bermaksud: “Dan hendaklah ada di antara kamu puak yang menyeru berdakwah kepada kebajikan mengembangkan Islam dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah, buruk dan keji, dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Surah Ali ‘Imran: 104)
Individu Islam tidak boleh menolak daripada berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Dengan berpegang ajaran inilah manusia tidak akan terpesong daripada kebenaran atau sesat akidahnya, sama ada melalui perkataan atau perbuatan, seperti sabda Rasulullah: “Dari Ibni Abbas r.a ia berkata: Sabda Rasulullah – Sesungguhnya aku telah meninggalkan pada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sama sekali sesat selama mana kamu berpegang kepada keduanya, kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.” (Hadis riwayat Al-Imam Al-Hakim)

Menutup aurat bagi wanita semakin mahu diperlekehkan seperti zaman jahiliyah

Sememangnya diketahui zaman jahiliyah di Mekah wanita-wanita masih belum sempurna menutup aurat dan ramai yang keluar rumah untuk menarik perhatian kaum lelaki. Begitu juga zaman jahiliyah di Malaysia, seperti zaman P Ramlee dulu contohnya, waktu itu masih dikira zaman jahiliyah di Malaysia ini kerana masih ramai yang tidak faham dan tidak mendapat pengajaran agama yang secukupnya kerana banyak faktor.
Tetapi sangat berbeza sekali di zaman moden hari ini yang mempunyai pelbagai saluran media untuk mengetahui tentang Islam yang sebenar. Tetapi semakin banyak saluran media untuk menyebarkan maklumat nampaknya semakin jahil jadinya umat kita, na’uzubillah.  Maka kita lihatlah sekarang semakin ramai wanita yang mempermudah-mudahkan hal berkenaan aurat sehinggakan pernah suatu masa dahulu , SIS (Sisters In Islam) di dalam satu sessi dialog berkenaan Islam Liberal mengatakan “pakaian taqwa itu adalah lebih baik dari menutup aurat”, sehingga meremehkan soal memakai tudung kepala.
Mungkin mereka berdasarkan kepada ayat ini, “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” Surah Al-A’raaf : Ayat 26
Dan ramai wanita memberikan alasan seperti “don’t judge a book by its cover”. Tetapi sila tanya mereka kembali,  jika kamu nampak sebiji buah nangka yang buruk membusuk, adakah kamu masih mahu memakannya?
Ya sememangnya nampak bagus alasan yang diberikan oleh SIS di atas, kerana ada juga hadith yang bermaksud bahawa Allah tidak memandang pada paras rupa tetapi pada taqwa. Tetapi sedarkah kita bahawa kita telah cuba mengubah atau mencabut hukum yang diperintahkan oleh Allah sendiri iaitu wajib menutup aurat bagi wanita?   Menutup aurat dan taqwa adalah dua entiti yang tidak dapat dipisahkan, kerana menutup aurat itu adalah tanda manusia itu bertaqwa , walaupun bukan semua orang yang menutup aurat itu bertaqwa.  Bagaimana mahu dikatakan taqwa sedangkan hukum menutup aurat yang wajib itu senang-senang dilanggar dan diperlekehkan?  SIS mesti faham dan rujuk semula apa erti sebenar taqwa.
Yang wajib tetap wajib, ianya tidak boleh dipersoalkan lagi.  Hukum dalam Islam tidak boleh diubah-ubah apabila ianya telah nyata / muhkam. Semoga kita tidak menjadi seperti umat Yahudi dan Nasrani dulu yang suka mengubah-ngubah Hukum dalam agama mereka mengikut selera dan keadaan semasa mereka.
Di dalam kitab Bible / AlKitab yang diimani oleh umat Kristian pun ada memerintahkan agar menutup aurat dengan betul termasuk menutup kepala.  Dalilnya adalah seperti di bawah;
[1 Kor 11:5] Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.
[1 Kor 11:6] Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahawa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya.
[1 Kor 11:10] Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di kepalanya oleh karena para malaikat.
[1 Kor 11:13] Pertimbangkanlah sendiri: Patutkah perempuan berdoa kepada Allah dengan kepala yang tidak bertudung?
Maka adakah kita umat Islam mahu menjadi seperti umat Kristian itu juga yang sekarang ini sudah tidak menutup kepala lagi melainkan biarawati-biarawati mereka sahaja? Jika hal ini tidak diambil berat dan dipandang ringan, maka tidak mustahil suatu masa nanti umat Islam sudah tidak dikenali dan aurat sudah tidak terjaga lagi.  Jika wanita Islam juga tidak mahu memakai tudung kepala dan menutup aurat dengan betul, maka apa bezanya rupa luaran antara wanita Islam dengan wanita Kristian?  Sedangkan dalam masalah janggut dan misai pun Nabi Muhammad suruh agar bezakan dengan umat Yahudi, ini kan pula soal aurat wanita yang boleh menggoyang iman seorang lelaki.
Dan banyak lagi jarum-jarum halus yang ditusuk ke dada umat Islam seperti mengatakan bahawa memakai jilbab bagi wanita itu dapat menghalang kemajuan, membataskan produktiviti, merimaskan dan camam-camam lagi.
..
Dalil-dalil bahawa menutup aurat itu wajib
Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali dua tapak tangan dan wajahnya sahaja yang boleh ditunjukkan kepada lelaki ajnabi / asing.
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Ahzab : ayat 59
“Dan katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tiadk berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur : ayat 31
Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka), adalah “wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa”, maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].
Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].
Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.
Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].
Nabi juga bersabda yang maksudnya, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” Hadith Riwayat Abu Dawud
“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah “- Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
..
Wanita yang tidak menutup aurat mengundang banyak masalah dan dosa serta mendapat siksaan yang keras
Biasanya ada wanita yang memandang remeh isu memakai tudung dan menutup aurat dengan betul, kerana baginya ianya bukan satu jenayah. Ianya bukan satu kejahatan yang menyusahkan dan berlaku zalim pada orang lain, kata mereka.  Tetapi ingatlah, nabi sendiri sudah berpesan bahawa wanita itu adalah satu fitnah bagi lelaki.
“Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita” Hadith Riwayat Bukhari
Di dalam peristiwa Mi’raj Rasulullah ke langit, baginda telah melihat gambaran hukuman yang dikenakan ke atas wanita yang tidak menjaga aurat ini. Ada wanita yang menangis-nangis meminta pertolongan tetapi tiada siapa yang membantunya -  ini lah hukuman bagi wanita yang berhias untuk selain suaminya. Dan ada wanita yang tergantung dirinya pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk yang panas – inilah hukuman kepada wanita yang tidak menutup aurat termasuk rambutnya. Ada juga wanita yang mukanya HITAM dan MEMAMAH isi perutnya sendiri –inilah hukuman terhadap wanita yang menggoda dan mengghairahkan lelaki.
Aurat wanita merupakan antara bahaya tersembunyi yang boleh MEROSAKKAN IMAN kaum lelaki secara halus, (hinggakan pak-pak Imam pun boleh jatuh tersungkur). Akibat dari wanita-wanita seksi dan tidak menutup aurat dengan betul lah maka wanita-wanita yang menutup aurat pun menjadi mangsa, kerana lelaki boleh membayangkan tubuh wanita hasil dari yang ditengok dari wanita-wanita seksi terutamanya yang menampakkan bentuk tubuh sebelum itu.
Sebab itu pernikahan betul-betul dianjurkan dalam Islam, iaitu untuk mengelakkan berlaku sumbang perbuatan terhadap kaum wanita. Kerana itu lelaki-lelaki yang belum kahwin akan terjejas juga bila melihat wanita-wanita seksi yang mendedahkan bahagian-bahagian tubuhnya. Ketahuilah, walaupun sedikit didedahkan, nafsu lelaki amat kuat magnetnya apa lagi jika wanita itu gebu, cantik dan seumpamanya.
Akibat selalu tertekan dengan melihat keadaan wanita seksi di mana-mana, maka lelaki-lelaki terutama yang lemah imannya dan yang belum lagi berkahwin akan mudah terjerumus untuk melakukan perbuatan keji. Sehinggakan kepada wanita-wanita bertudung pun jadi mangsa kerana wanita-wanita itu mudah untuk dimakan oleh pemangsa yang telah dibrainwash secara tidak sedar oleh wanita-wanita yang tidak menjaga auratnya. Saya pernah tulis panjang lebar tentang hal aurat wanita ini dalam tulisan saya yang lepas.
Saya pun hairan, kerajaan tidak mengambil berat tentang wanita-wanita Muslim yang tidak menutup aurat dengan sebetulnya. Dalam Islam, jika seseorang wanita itu tidak menutup aurat di khalayak ramai, wanita itu boleh dihukum. Takut bunyi nya kan? Tetapi itulah yang terbaik dilakukan untuk mengelakkan terjadi kes ROGOL, ZINA, ANAK LUAR NIKAH, BUANG BAYI dan sebagainya. Sebelum terlambat, MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT.
Wanita-wanita yang tidak menutup aurat dengan betul juga akan mendapat siksaan keras dan ada amaran bahawa mereka tidak akan memasuki syurga, na’uzubillah.
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” Hadith Riwayat Muslim
“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Dan ada satu lagi yang biasanya dilupakan dan terabai, iaitu berkenaan SUARA WANITA.  Ini kerana biasanya wanita sangat suka memanja-manjakan suaranya dengan lelaki yang bukan muhrim yang mana ianya boleh merangsang nafsu seorang lelaki walaupun sedikit. Suara wanita bukanlah semuanya aurat, tetapi ia juga termasuk dalam aurat  jika sekiranya berkata-kata dalam nada yang  manja dan dapat merangsang nafsu syahwat lelaki, dan dalilnya adalah berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud , “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” Surah al-Ahzab : 32
Maka para wanita perlu lebih berhati-hati dalam berkata-kata terutamanya dengan lelaki ajnabi.  Bukan sahaja perlu berhati-hati dari mengumpat / menggossip, dan berkata-kata perkara buruk lain,  tetapi juga berhati-hati agar tidak menjadi terlalu mendayu-dayu dan lemah-gemalai sehingga dapat merasangkan nafsu syahwat lelaki ajnabi secara tidak disedari.
..
Bacaan yang lebih bagus lagi dalam tulisan Ustaz Zaharuddin dalam topik   Aurat : Apa sudah jadi?
..
Walaupun tulisan ini membicarakan tentang aurat kaum wanita, tetapi kaum lelaki jangan lah pula lupa bahawa kita juga ada aurat yang wajib ditutupi iaitu dari pusat hinggalah ke bahagian lutut.  Dan wajib diingat bahawa ianya juga termasuklah jika seorang lelaki itu memakai seluar ketat yang menampakkan bentuk anggota bahagian antara pusat dan lutut itu.  Ini yang biasanya kurang diambil berat dan diabaikan oleh ramai lelaki.
Sememangnya jika semua wanita menutup dan menjaga auratnya dengan baik maka akan wujudlah suasana yang aman dan jauh dari zina dan rogol insyaAllah.  Tanggungjawab menjaga dan menutup aurat adalah tanggungjawab semua wanita, maka jika sebahagian wanita TIDAK MENUTUP aurat, maka kemungkinan besar juga wanita lain yang akan menjadi mangsa jenayah nanti. Ini kerana jika suatu BALA datang, ia tidak mengenal manusia baik atau jahat, semua akan menanggungnya.  Maka sama-sama lah kita insafi dan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan perintah Tuhan ini .
Dan semoga para wanita dan lelaki menutup aurat dengan ikhlas dan kerana Allah, bukannya kerana takut dan malu kepada manusia semata-mata.  Dan berhati-hatilah juga dengan Tabarruj yang berlebihan yang boleh dibincangkan dalam topik lain pula.  Jika anda masih belum mengetahui apa itu Tabarruj, sila lah mencarinya di laman-laman web yang sepatutnya.  Wallahu a’lam  =)