Monday, May 31, 2010

Mahasiswa harus bangun masyarakat setempat from metro

MAHASISWA di Malaysia sedang dan akan menempuh musim cuti semester bagi sesi ini. Kebanyakan daripada mereka akan berpusu-pusu pulang ke kampung halaman tidak kira di utara, selatan, timur, barat mahupun Borneo.
Selain membawa pulang emosi atau perasaan yang pelbagai, mahasiswa yang mempunyai kepelbagaian disiplin ilmu dan pengalaman ini juga akan membawa pulang pengetahuan dan kepakaran masing-masing ke kampung halaman masing-masing. 

Persoalannya di sini, sejauh manakah masyarakat mahasiswa ini mampu mengadaptasi atau mempraktikkan pengetahuan dan kepakaran untuk digunakan dalam proses pembangunan masyarakat setempat. 

Tidak dinafikan memang ramai yang bergelar mahasiswa di kampung, namun tidakkah masyarakat sedar kadang-kadang mahasiswa ini hanya berfungsi sebagai ‘penduduk’ saja di sesebuah kampung dan tidak lebih daripada itu. 

Apa yang ingin disarankan, masyarakat mahasiswa harus dengan lapang dada dan positif minda membantu memajukan masyarakatnya sendiri. 

Manakala masyarakat setempat juga harus menggunakan peluang modal insan yang ada ini untuk bersama-sama dalam satu pasukan menjadikan masyarakat sebagai sebuah masyarakat yang maju, cerdik dan berdaya maju menjelang Wawasan 2020. 

Dalam menjayakannya, mahasiswa dan masyarakat setempat haruslah bersama-sama dalam satu semangat, satu tekad dan satu hala tuju untuk kesejahteraan bersama.

Salam 1Malaysia untuk semua.


SARFARIZMAL MD SAAD, 
Presiden Sahabat 1Malaysia UKM.

No comments:

Post a Comment