Sunday, May 30, 2010

PENYELESAIAN MASALAH DI KALANGAN KANAK-KANAK ETNIK BAJAU DAN DUSUN


Abstrak

Perkembangan kognitif kanak-kanak seharusnya selari dengan umur dan persekitaran mereka dibesarkan. Oleh itu, untuk melihat sejauh mana perkembangan kognitif kanak-kanak, ianya dapat dilihat melalui penyelesaian masalah di kalangan kanak-kanak.  Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat penyelesaian masalah di kalangan kanak-kanak yang berbeza etnik iaitu Bugis dan Dusun. Kajian ini merupakan satu kajian lapangan yang menggunakan kaedah eksperimen dan pemerhatian.  Keputusan ujian t bagi hipotesis yang pertama menunjukkan “tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara etnik (Bajau dan Dusun) ke atas pergerakan yang dilakukan bagi menyelesaikan masalah” iaitu (t = -.33, k < .05). Hasil analisis menolak hipotesis nol. Dapatan menunjukkan penyelesaian masalah bagi kanak-kanak etnik Dusun adalah lebih tinggi (min = 2.0, SP = 1.0) berbanding dengan kanak-kanak etnik Bajau iaitu (min =1.5, SP = 0.5). Keputusan ujian t bagi hipotesis yang ke dua menunjukkan “tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara etnik (Bajau dan Dusun) ke atas masa yang diambil bagi menyelesaikan masalah” iaitu (t = -1.41, k<.05). Hasil analisis menolak hipotesis nol. Dapatan menunjukkan penyelesaian masalah bagi kanak-kanak etnik Dusun adalah lebih tinggi (min = 3.5, SP = 2.4) berbanding dengan kanak-kanak etnik Bajau iaitu (min =1.5, SP = 0.6). Kesimpulannya,

BAB 1


PENGENALAN


1.1       Pendahuluan

Baru-baru ini pada tahun 2002 UNESCO satu agensi daripada Bangsa Bersatu mengeluarkan kenyataan bahawa budaya adalah satu set yang khusus dari aspek spiritual, bahan-bahan, tahap kecerdasan dan emosi berdasarkan ciri masyarakat dan kumpulan sosial, di mana ianya melingkari semua aspek termasuk kesenian dan kesusasteraan, gaya hidup, cara gaya kehidupan yang bermasyarakat (tinggal bersama-sama), sistem nilai, tradisi dan kepercayaan (UNESCO, 2002, p. 1).

            Secara amnya, budaya adalah satu set sikap, tingkah laku atau sifat dan simbol yang dikongsi oleh kumpulan individu yang besar serta ianya berterusan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Ianya terhasil daripada interaksi di antara individu dengan individu lain dan juga interaksi manusia dengan persekitarannya. Kelompok manusia yang ramai mempengaruhi individu dari sudut identiti,  pembelajaran dan tingkah laku sosial (Cole, 2005, Shweder, 2006). Apabila kita membincangkan tentang budaya, kita tidak dapat lari daripada mengupas dari aspek etnik. Di mana etnik di definisikan sebagai ciri-ciri yang telah berakar umbi dan telah menjadi warisan budaya termasuklah dari sudut bangsa, ras, agama dan bahasa.

Menurut Phinney (2003) menyatakan bahawa etnik adalah melambangkan identiti diri seseorang iaitu dari mana asal usulnya, yang mana ianya telah diwarisi secara turun temurun dari satu generasi ke satu generasi. Dalam konteks kajian ini, pengkaji cuba untuk melihat aspek budaya sesuatu kelompok etnik mempengaruhi  penyelesaian masalah di kalangan etnik Bajau dan Dusun. Kanak-kanak yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza sudah pasti mempunyai keupayaan yang pelbagai dari aspek tahap penyelesaian masalah.

Bagaimana boleh kita memahami pengaruh budaya ke atas proses mental kanak-kanak?. Ianya berkaitan dengan kognitif. Kognitif merupakan pemikiran, pembentukan ingatan atau tahap pemprosesan kecerdasan seseorang. Kognitif juga merupakan proses berfikir dan aktiviti mengetahui (Mahmood Nazar Mohamed, 2001). Ia merupakan semua aktiviti mental termasuklah menukar atau mengubah ransangan daripada sumber fizikal kepada perlakuan sebenar yang menjadi panduan kepada tingkah laku ( Rosser, 1994). Pada masa kini hampir kesemua ahli psikologi bersetuju bahawa proses kognitif dan operasi minda  dalam keadaan yang sebenar adalah terstruktur.

Pengetahuan dalam minda adalah terorganisasi, saling berkait dan bergabung membentuk satu sistem yang kompleks. Beberapa proses kognitif merujuk kepada konsep yang luas dan antaranya ialah penaakulan atau pemikiran (reasoning) dan penyelesaian masalah (problem solving). Ini merupakan operasi kognitif yang memperolehkan kita memperoleh pemahaman tentang persekitaran, menunjukan alasan atau andaian tentang fenomena kompleks yang berlaku dan mencapai matlamat walaupun terdapat halangan atau rintangan.
                                    
Ia adalah kemampuan untuk menggunakan penaakulan dan pemikiran dan penyelesaian masalah sebagai laluan yang membolehkan adaptasi intelektual terhadap persekitaran yang merupakan mekanisma asas dalam usaha untuk meneruskan kehidupan. Tahap kognitif kanak-kanak adalah sama seperti orang dewasa tersruktur dan kompleks. Struktur kognitif adalah diandaikan seperti paparan dan gambaran kepada pengetahuan dan pemikiran pada seseorang individu (Bee, 2000) sebagaimana kanak-kanak prasekolah dalam kajian ini juga diandaikan mempunyai tahap kemampuan kognitif yang tersendiri dan menarik perhatian pengkaji.

Flavell, Miller dan Miller (1993) menganggap kognitif sebagai proses penaakulan dan penyelesaian masalah. Mereka berpendapat minda manusia secara konsepnya adalah suatu sistem yang kompleks dan berhubung dengan proses yang mengeneralisasi, mengekod, memindahkan dan memanipulasikan maklumat walaupun dengan menggunakan pelbagai kaedah. Kognitif juga merujuk kepada kemampuan mental. Semua kemampuan mental seperti memahami, mengingat, menaakul dan banyak lagi aktiviti lain akan diorganisasikan sebagai satu sistem yang kompleks dan keseluruhanya berfungsi dengan aktif ( Glass & Holyoak, 1993)

Secara umumnya, bayi yang baru dilahirkan  adalah tidak mempunyai budaya. Apabila mereka membesar, mereka belajar tentang tingkah laku khusus dan aktiviti yang sepatutnya atau yang tidak sepatutnya mereka lakukan dalam budaya mereka. Sama ada mereka menerima atau menolak nilai budaya. Kanak-kanak bertingkah laku mengikut apa yang dikehendaki oleh keluarga, kelompok masyarakatnya dan tradisi nenek moyang secara turun-temurun.  Apabila kita menyebut perkembangan kanak-kanak dari aspek budaya ianya secara tidak langsung kita menyentuh tentang nurture, di mana persekitaran budayanya mempengaruhi perkembangannya dari aspek fizikal, emosi, sosial dan kognitifnya. 

Bagi melihat bagaimana budaya sesuatu etnik mempengaruhi tahap penyelesaian masalah di kalangan kanak-kanak yang membesar dalam satu kelompok etnik tertentu pengkaji telah menjalankan pemerhatian ke atas dua buah keluarga yang terdiri daripada etnik yang berbeza iaitu etnik Bajau dan juga etnik Dusun.

Menurut King,Haris dan Heard,2004; Harris, Heard & King, 2001; Toth & Xu 1999 dalam Holly E.Heard (2006), telah menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa adalah penting kepada kanak-kanak dalam proses pertumbuhan kanak-kanak sehingga peringkat dewasa. Perbezaan etnik dan bangsa dalam hubungan antara ibu bapa dan anak telah di dokumenkan.
           
            Selain itu, pendidikan prasekolah di Malaysia semakin berkembang. Kanak-kanak seawal umur 2 tahun sudah dihantar ke taman asuhan dan pusat didikan kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan awal sebelum memasuki alam persekolahan. Kanak-kanak pada tahap ini memerlukan didikan awal untuk memberi asas kepada mereka untuk menempuhi persekitaran persekolahan peringkat rendah dalam sistem pendidikan di Malaysia (Jas Lailie, 2002).

            Biasanya terdapat dua kategori pendidikan awal di dunia atau Malaysia khususnya kategori pertama ialah taman asuhan kanak-kanak yang melibatkan kanak-kanak yang berumur 2 hingga 4 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak dididik supaya boleh menguruskan diri terutama perkara-perkara asas dalam kehidupan contohnya boleh menjalani rutin kehidupan harian mereka termasuklah dan mempelajari sistem pembelajaran tahap yang terendah seperti mengenali huruf-huruf dan angka-angka asas.

 Kategori yang kedua adalah taman didikan atau taman bimbingan kanak-kanak yang melibatkan kanak-kanak yang berumur lima hingga enam tahun. Pada tahap ini kanak-kanak akan memperlengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran asas sebelum mereka memasuki alam persekolahan sepenuhnya. Selain daripada kemahiran asas yang diterap kita hendaklah mengalakkan kanak-kanak meneroka persekitaran supaya mereka mempunyai kemampuan atau kemahiran penyelesaian masalah seoptimum mungkin (Mok Soon Sang, 2009). Ini membolehkan mereka mampu menyesuaikan diri, merancang dan membuat keputusan sebaik mungkin. Ini juga adalah untuk membantu mengenalpasti dan meransang tahap perkembangan kognitif mereka (Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmi Zakariya, 2005).

Selain itu, kita sering berfikir tentang sesuatu perkara atau menemui kesukaraan untuk menyelesaikannya. Secara amnya, ia merupakan salah satu aktiviti atau proses yang melibatkan kognitif. Apakah yang dimaksudkan dengan kognitif? Ia merupakan proses berfikir dan aktiviti mengetahui (Mahmood Nazar Mohamed, 2001). Ia merupakan semua aktiviti mental termasuklah menukar atau mengubah ransangan daripada sumber fizikal kepada perlakuan sebenar yang menjadi panduan kepada tingkah laku ( Rosser, 1994). Pada masa kini hampir kesemua ahli psikologi bersetuju bahawa proses kognitif dan operasi minda  dalam keadaan yang sebenar adalah terstruktur.

1.2 Permasalahan Kajian

Kehidupan kanak-kanak pada masa yang serba canggih ketika ini memberi cabaran baru kepada cara hidup terutamanya dalam perkembangan kognitif mereka. Kepesatan teknologi dan pembangunan bidang ilmu memerlukan kanak-kanak berfikir secara kreatif serta mampu menempuhi cabaran yang pastinya mewajibkan mereka bersaing dengan rakan-rakan sekitar pergaulan (Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmi Zakariya, 2005).

      Teknik pengajaran dan pembelajaran pada masa ini semakin berkembang dan sentiasa ditambah dengan alternatif-alternatif baru untuk meningkatkan, meransang dan memerlukan penjanaan kognitif kanak-kanak. Bahan-bahan atau alat-alat yang digunakan adalah yang kompleks berbanding dengan sistem pendidikan pada era dahulu. Sekiranya kanak-kanak tersebut mampu menyelesaikan satu-satu permasalahan yang diutarakan mengikut kaedah-kaedah yang sepatutnya dan pada tahap perkembangan yang sememangnya mampu menyelesaikan, maka ia boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang telah mencapai perkembangan kognitif yang baik (Vasta, Haith,& Miller,1999).

 1.3 Kesignifikanan kajian
Kemahiran menyelesaikan masalah dikalangan kanak-kanak pada asasnya adalah penting kerana situasi pembelajaran dan sosialisasinya dengan orang-orang persekitaran memerlukan pencapaian kognitif pada tahap yang diharapkan. Kemahiran menyelesaian masalah pada kanak-kanak juga perlu disedari dan diketahui tahapnya agar memudahkan pendidik atau ibu bapa mengambil langkah-langkah yang perlu untuk meningkatkan dan meransang kemahiran ini agar berada pada tahap yang diharapkan (Brooks, 2000; Holden, 1997).

1.4       Pendekatan Teori

1.4.1    Teori Sosiobudaya Vygotsky
Teori ini menerangkan bahawa pengaruh interaksi sosial memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak. Ini bermakna, tingkah laku dan perkembangan yang terhasil adalah tidak hanya disebabkan oleh biologikal tetapi juga oleh persekitaran yang merangkumi aspek sosial, aspek budaya, aspek keluarga dan sebagainya. Selain itu, beliau turut memperkenalkan Zone of Proximal Development (ZPD) yang mana ia menerangkan bahawa kanak-kanak sukar untuk memahirkan sesuatu tugasan jika melakukan secara bersendirian tetapi dengan bantuan orang lain, kanak-kanak mampu menguasai tugasan tersebut.

1.4.2 Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori ini menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah berkait rapat dengan persekitaran (Berk, 2009). Ia mempunyai 4 tahap perkembangan iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem dan makrosistem. Mikrosistem merangkumi persekitaran di depan mata kanak-kanak seperti ibu bapa dan adik beradik. Manakala mesosistem pula merangkumi persekitaran yang lebih luas dan persekitaran ini mempengaruhi kanak-kanak seperti suasana persekolahan. Ekosistem pula merujuk hubungan kanak-kanak dengan persekitaran yang mungkin kurang berkaitan dalam hidup mereka (Mohd. Sharani Ahmad, 2006). Manakala makrosistem merujuk kepada persekitaran yang lebih besar seperti media massa dan sistem sosial masyarakat.

 1.5      Definisi Konsep

1.5.1 Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah adalah satu proses menjana pengetahuan yang sedia ada dengan pengetahuan baru berdasarkan satu situasi. Terdapat beberapa langkah dalam menyelesaikan masalah iaitu memahami masalah tersebut, merangsang minda untuk menyelesaikan masalah tersebut, menyelesaikan masalah tersebut dan memperbaiki masalah dan menyelesaikannya (Suydan, 1980).

 1.6.1 Definisi Operasi
Dalam kajian ini, penyelesaian masalah dilihat berdasarkan jumlah berapa kali kepingan plat Tower of Hanoi dialihkan dari satu bahagian kepada satu bahagian.



1.7       Tujuan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat penyelesaian masalah dikalangan kanak-kanak yang berbeza etnik.

1.8 Hipotesis


Hipotesis 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara etnik (Bajau dan Dusun) ke atas pergerakan yang dilakukan bagi menyelesaikan masalah.

Hipotesis 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara etnik (Bajau dan Dusun) ke atas masa yang diambil bagi menyelesaikan masalah.



1.9 Kajian Literatur

Klhar dan Robinson (1981) dalam satu kajian kanak-kanak prasekolah mendapati pencapaian kanak-kanak dalam tugasan Tower of Hanoi adalah dipengaruhi oleh bilangan maklumat yang hendak dicapai. Secara amnya kanak-kanak prasekolah tidak boleh menyimpan lebih daripada satu matlamat asas dalam minda tanpa kekeliruan (Harwood, 2008). Kanak-kanak prasekolah didapati menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam penyelesaian masalah mempunyai matlamat penyelesaian masalah yang jelas (Tower Ending) berbanding dengan permasalahan bermatlamat kurang jelas (Flat Ending). Sebahagian daripada subjek 6 tahun mampu menyelesaikan dalam enam pergerakan dan kanak-kanak 5 tahun mampu pada empat pergerakan secara keseluruhannya. Sebaliknya bagi matlamat yang samar-samar (Flat Ending) di mana cakera pada ketiga-tiga dawai didapati tahap menyelesaikan masalah menurun. Didapati prestasi kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun hanya mampu menyelesaikan 4 pergerakan menurun dari 80% kepada 40%.

Klhar (1985) telah melakukan kajian ke atas kanak-kanak 5 tahun berdasarkan analisis terhadap tugasan. Klhar telah memberikan kepada kanak-kanak 5 tahun sebagai subjek dengan tugasan puzzle (Mouse-Cat-Dog PuzzleTask) yang mana seekor anjing, seekor kucing dan seekor tikus mendapatkan makanan kegemaran mereka masing-masing iaitu seketul tulang, seekor ikan dan sekeping keju. Untuk menyelesaikan masalah ini, kanak-kanak dikehendaki menggerakkan ketiga-tiga binatang ini ke tempat tertentu di mana terdapatnya makanan mereka. Penilaian yang dibuat oleh Klhar adalah semakin banyak pergerakan yang dibuat oleh kanak-kanak bagi membolehkan binatang tersebut mendapat makanan mereka maka semakin sukarlah tugasan tersebut bagi mereka. Melalui analisis tugasan yang dibuat oleh Klhar berlainan jenis permasalahan membentuk tahap perbezaan dan konflik antara matlamat semasa untuk mendapatkan makanan yang diinginkan dengan matlamat kanak-kanak yang berada pada posisi yang betul. Dalam kajian ini juga kanak-kanak berkonflik bila menggerakkan binatang yang sedia berada pada makanannya dan menggerakkan binatang lain untuk mendapatkan makanannya.

Kanak-kanak mengalami kesukaran apabila melibatkan pergerakkan yang membenarkan binatang lain dialihkan asalkan binatang lagi satu mendapat makanannya. Menurut Klhar analisis yang lebih terperinci terhadap tugasan dan konflik yang dicipta antara matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang yang membolehkan Klhar mengenalpasti pendekatan yang banyak digunakan oleh pelajar, iaitu mencuba setiap pergerakan yang ada untuk menambahkan ketekalan antara keadaan yang asal dengan keadaan yang diinginkan oleh subjek. Pendekatan ini dipanggil pendekatan atau penyelesaian Analisis Cara Bermatlamat (Means-Ends Analysis) yang digunakan secara meluas dalam strategi penyelesaian masalah.

Cooper dan Waladau (1999) melihat penyelesaian masalah pada kanak-kanak yang berumur 3 dan 4 tahun (Younger Children) dan 5 dan 6 tahun (Older Children) dengan tugasan Tower of London (ubahsuai dari Tower of Hanoi) yang mendedahkan permasalahan dengan matlamat yang jelas matlamat yang kurang jelas. Prestasi kanak-kanak adalah adalah sangat kurang pada yang kurang jelas seperti kajian sebelumnya. Walau bagaimanapun, mereka mendapati perbezaan prestasi pada dua tugasan pada kanak-kanak yang berusia antara 5 dan 6 tahun sahaja. Mereka mendapati strategi penyelesaian masalah adalah sensitif pada struktur matlamat yang hendak dicapai. Penyelesaian masalah kanak-kanak 3 dan 4 tahun adalah berdasarkan hill-climbing dengan single-move look ahead manakala kanak-kanak 5 dan 6 tahun dengan cara Analisis Cara Matlamat (Mean End-Analysis).

Anderson (1990) dan Simon (1975) (dalam Rosser,1994) telah membuat satu kajian dengan membandingkan jumlah pergerakan yang minimum akan mempercepatkan pencapaian matlamat. Dalam kajian ini, pengkaji menentukan jumlah pergerakan yang minimum untuk mencapai keadaan matlamat yang dikehendaki. Pengukuran ini kemudiannya menjadi asas perbandingan di kalangan individu dalam kajian program stimulasi komputer. Prosedur pengiraan penyelesaian masalah secara sengaja digunakan untuk membantu penaakulan dan penyelesaian masalah. Dalam kajian ini, mereka tidak menumpukan secara khusus kemampuan untuk menyelesaikan permasalahan tugasan Tower of Hanoi sebaliknya mereka lebih menumpukan bagaimana seseorang individu itu melakukan generalisasi terhadap penyelesaian yang seperti itu. Mereka lebih menumpukan bagaimana subjek mengenalpasti masalah, menggambarkannya dalam minda, apa peraturan yang digunakan, dan bagaimana relevannya maklumat, serta pengaplikasinya dalam peraturan.

Case (1985,1992) adalah pengkaji yang berkongsi pandangan tentang perkembangan dengan Piaget berdasarkan beberapa permasalahan tetapi membuat penambahan dengan pendapat lain khususnya Teori Pemprosesan Maklumat (Flaver, Miller dan miller,1993). Case menguji model perubahan kognitif dalam pelbagai bahagian seperti penentuan mengenai saiz bayang-bayang objek pada skrin sebagai fungsi jarak dan saiz dengan objek sebenar (Agnis Sombuling, 1999). Case masih kuat menyokong teori Perkembangan Kognitif Piaget dan Teori Pemprosesan Maklumat tetapi menambah tentang perubahan kognitif.


­­­­­­BAB  2


               METODOLOGI


2.1              Pendahuluan

Bab ini membincangkan kaedah yang digunakan untuk menganalisis data kajian. Aspek yang dibincangkan dalam bahagian ini termasuklah rekabentuk kajian, latar belakang subjek, tempat kajian dan alat kajian yang diukurkan untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah yang difikirkan oleh pengkaji dalam kajian ini, prosedur menjalankan kajian serta tatacara kajian dan analisis data juga turut dikaji.

2.2              Rekabentuk kajian

Kajian ini merupakan satu kajian lapangan yang menggunakan kaedah eksperimen dan pemerhatian. Setelah mendapat surat pengesahan untuk membuat kajian lapangan ini, pengkaji menemubual secara terus kepada keluarga subjek untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan kajian.

Selain itu, pengkaji juga menemubual pihak keluarga subjek untuk mendapatkan butiran atau maklumat diri subjek. Antara maklumat yang diperlukan oleh pengkaji ialah mengenai latar belakang subjek dengan melihat kumpulan etnik subjek. Setelah dikenal pasti, subjek didapati terdiri daripada golongan etnik Bajau dan juga Bugis. Setelah demografi subjek diperolehi, pengkaji akan melakukan pemerhatian terhadap subjek di rumahnya.

Pengkaji akan membuat pemerhatian terhadap keluarga tersebut terutamanya ke atas anak mereka. Pemerhatian subjek dilihat daripada bagaimana kanak-kanak yang berbeza budaya iaitu Bajau dan Bugis menyelesaikan masalah dengan menggunakan alat kajian yang telah diberikan iaitu Tower of Hanoi. Semasa subjek menggunakan alat kajian tersebut, pengkaji telah membuat pemerhatian ke atas subjek. Oleh itu, tahap pnyelesaian masalah subjek terhadap alat kajian tersebut telah diukur dengan melihat berapa banyak pergerakkan dan masa yang diambil oleh subjek. Setelah itu, pengkaji akan membuat perbandingan di antara dua subjek ini yang terdiri daripada dua budaya yang berbeza.


2.3       Subjek Kajian

Subjek dalam kajian ini terdiri daripada dua buah keluarga yang mempunyai dua etnik yang berbeza dan mengamalkan budaya yang berbeza. Dua buah keluarga ini terdiri daripada dua etnik yang berbeza iaitu Bugis dan Dusun. Seramai dua orang subjek yang berlainan etnik dipilih dalam kajian ini. Umur subjek dalam kajian ini adalah 9 tahun bagi subjek dari etnik keluarga Bugis dan 8 tahun bagi etnik keluarga Dusun

2.4       Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan di Kampung Warisan, Inanam yang terletak dalam daerah Kota Kinabalu, Sabah.

2.5       Alat Kajian

Alat yang digunakan dalam kajian ialah Tower of Hanoi” .Tower of Hanoi”  adalah sebuah permainan matematik atau teka-teki. Permainan ini terdiri dari tiga tiang dan sejumlah cakera dengan ukuran berbeza-beza yang boleh  dimasukkan ke mana-mana tiang sahaja. Permainan ini dimulai dengan cakera yang tersusun rapi mengikut saiz berdasarkan ukurannya dalam salah satu tiang, yang mana cakera yang kecil diletakkan di atas cakera yang besar sehingga tersusun mengikut saiznya.













BAB 3

KEPUTUSAN


3.1       Jangkaan Awal Keputusan

Keputusan dalam kajian dapat diandaikan iaitu penyelesaian masalah adalah tidak sama pada kanak-kanak dikalangan etnik Bajau dan Dusun. Kajian yang dijalankan ini adalah berasaskan andaian bahawa pembolehubah ini mempunyai pengaruh terhadap kemampuan menyelesaikan masalah di kalangan kanak-kanak etnik Bajau dan Dusun. Adakah kanak-kanak dari etnik Bajau lebih baik kemahiran menyelesaikan masalah berbanding kanak-kanak dari etnik Dusun dan begitu juga sebaliknya. Aspek ini akan dikaji kerana kumpulan subjek dibahagikan kepada dua kelompok etnik Bajau dan Dusun. Tahap pencapaian yang berkaitan dengan prestasi yang dinilai dalam aspek perbezaan etnik. Oleh itu, kajian keputusan dapat diandaikan iaitu tiada perbezaan yang signifikan dalam menyelesaikan masalah di antara kanak-kanak etnik Bajau dan Etnik Dusun.

3.2       Analisis Data

Bab ini akan membincangkan berkaitan dengan keputusan analisis inferensi bagi setiap tugasan yang dilakukan oleh subjek.

Analisis Inferensi

Analisis ini menggunakan ujian t, bagi menganalisis hipotesis-hipotesis yang telah dinyatakan dalam bab pengenalan. Analisis inferensi akan menggunakan analisis ujian t (Yahaya Mohamood, 2001). Ujian t digunakan untuk menguji perbezaan tahap penyelesaian masalah di kalangan kanak-kanak etnik Bajau dan Dusun. Selain itu, ujian-t menguji hipotesis yang dibina.






3.3   Keputusan

3.3.1    Hipotesis 1:

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara etnik (Bajau dan Dusun) ke atas pergerakan yang dilakukan bagi menyelesaikan masalah.

Pergerakan
n
min
sp
dk
t
sig
Bajau
2
1.5
0.5







1
-.33
.79
Dusun
2
2.0
1.0



k >.05
           
Keputusan ujian t bagi hipotesis yang pertama menunjukkan “tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara etnik (Bajau dan Dusun) ke atas pergerakan yang dilakukan bagi menyelesaikan masalah” iaitu (t = -.33, k < .05). Hasil analisis menolak hipotesis nol. Dapatan menunjukkan penyelesaian masalah bagi kanak-kanak etnik Dusun adalah lebih tinggi (min = 2.0, SP = 1.0) berbanding dengan kanak-kanak etnik Bajau iaitu (min =1.5, SP = 0.5).

3.3.2    Hipotesis 2:

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara etnik (Bajau dan Dusun) ke atas masa yang diambil bagi menyelesaikan masalah.

Pergerakan
n
min
sp
dk
t
sig
Bajau
2
1.5
0.6







3
-1.41
.25
Dusun
2
3.5
2.4



k >.05

Keputusan ujian t bagi hipotesis yang ke dua menunjukkan “tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara etnik (Bajau dan Dusun) ke atas masa yang diambil bagi menyelesaikan masalah” iaitu (t = -1.41, k<.05). Hasil analisis menolak hipotesis nol. Dapatan menunjukkan penyelesaian masalah bagi kanak-kanak etnik Dusun adalah lebih tinggi (min = 3.5, SP = 2.4) berbanding dengan kanak-kanak etnik Bajau iaitu (min =1.5, SP = 0.6).

PERBINCANGAN

Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan di antara etnik (Bajau dan Dusun) ke atas pergerakan yang dilakukan bagi menyelesaikan masalah. Dilihat kanak-kanak etnik Dusun mempunyai nilai min yang lebih tinggi iaitu (min = 2.0, SP = 1.0) berbanding dengan kanak-kanak etnik Bajau iaitu (min =1.5, SP = 0.5).

Begitu juga dengan hasil dapatan bagi pengambilan masa dalam penyelesaian masalah kanak-kanak. Hasil telah mendapati  terdapatnya perbezaan di antara etnik (Bajau dan Dusun) ke atas masa yang diambil bagi menyelesaikan masalah iaitu (t = -1.41, k<.05).

Kedua-dua hipotesis yang dibuat ini ditolak kerana hasil dapatan mendapati bahawa terdapatnya perbezaan dalam penyelesaian masalah di kalangan kanak-kanak dari etnik yang berbeza. Antara penyebab kepada hasil dapatan ini adalah mungkin disebabkan oleh faktor penglibatan ibu bapa bersama anak secara langsung dan juga secara tidak langsung. Sama seperti kajian yang telah dijalankan oleh King dan rakan-rakannya. Menurut King,Haris dan Heard,2004; Harris, Heard & King, 2001; Toth & Xu 1999 dalam Holly E.Heard (2006), telah menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa adalah penting kepada kanak-kanak dalam proses pertumbuhan kanak-kanak sehingga peringkat dewasa. Perbezaan etnik dan bangsa dalam hubungan antara ibu bapa dan anak telah di dokumenkan.

Selain itu juga menurut Flavell, Miller dan Miller (1993) menganggap kognitif sebagai proses penaakulan dan penyelesaian masalah. Mereka berpendapat minda manusia secara konsepnya adalah suatu sistem yang kompleks dan berhubung dengan proses yang mengeneralisasi, mengekod, memindahkan dan memanipulasikan maklumat walaupun dengan menggunakan pelbagai kaedah. Kognitif juga merujuk kepada kemampuan mental. Semua kemampuan mental seperti memahami, mengingat, menaakul dan banyak lagi aktiviti lain akan diorganisasikan sebagai satu sistem yang kompleks dan keseluruhannya berfungsi dengan aktif ( Glass & Holyoak, 1993).









KESIMPULAN

Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian terhadap penyelesaian masalah di kalangan kanak-kanak yang berbeza etnik ini dapat disimpulkan bahawa terdapat perbezaan dari segi penyelesaian masalah di antara dua etnik yang berbeza iaitu etnik  bajau dan etnik dusun. Perbezaan yang diperolehi ini dilihat dipengaruhi oleh faktor penglibatan ibu bapa, faktor persekitaran dan juga faktor rakan sebaya.

            Selain itu juga diharap kajian yang dijalankan ini akan menjadi garis panduan mahupun bahan rujukan kepada pengkaji akan datang dalam membuat kajian lanjutan berhubung dengan tahap penyelesaian masalah di kalangan kanak-kanak yang berbeza etnik budaya. Ini kerana penyelesaian masalah adalah satu proses menjana pengetahuan yang sedia ada dengan pengetahuan baru berdasarkan satu situasi. Malahan juga, secara amnya kanak-kanak prasekolah tidak boleh menyimpan lebih daripada satu matlamat asas dalam minda tanpa kekeliruan (Harwood, 2008).


MASALAH HARIAN YANG DIHADAPI OLEH IBU BAPA KANAK-KANAK KURANG UPAYA

Pengenalan
Kanak-kanak kurang upaya ditakrifkan sebagai individu yang mengalami masalah dari segi penglihatan, pendengaran, fizikal, komunikasi, pertuturan, tingkah laku, terencat akal dan pintar cerdas (Mohd. Sharani Ahmad, 2004). Kanak-kanak kurang upaya ini juga dikenali sebagai kanak-kanak istimewa. Hal ini demikian kerana, mereka lahir dengan pelbagai ketidakupayaan dan memerlukan bantuan dari segi fizikal mahupun mental. Mereka memerlukan alatan khas bagi memudahkan mereka untuk bergerak, dan ianya bergantung kepada jenis kecacatan yang dimiliki. Kecacatan mereka ini bersifat kekal iaitu tidak dapat dipulihkan tetapi hanya dapat dibantu dengan alatan khas bagi mengurangkan penderitaan yang dialami oleh mereka. Secara amnya, kanak-kanak kurang upaya didefinisikan sebagai kanak-kanak istimewa yang mempunyai kesukaran atau ketidakupayaan fizikal, mengalami kesukaran dalam pembelajaran atau masalah tingkah laku atau kedua-duanya. Kanak-kanak tersebut memerlukan rawatan dan penjagaan yang lebih khusus bagi memenuhi keperluan mereka. Kehadiran mereka dikatakan begitu membebankan dan memberi masalah harian kepada keluarganya. Seperti untuk menguruskan makan minum, memandikan dan membersihkan najisnya, perbelajaan kos perubatan dan sebagainya.

Reaksi di Kalangan Ibu Bapa
Hakikatnya, semua ibu bapa di muka bumi ini secara fitrahnya menginginkan anak yang sempurna bagi mengisi kekosongan dan kesunyian hidup mereka. Setiap pasangan suami isteri tentunya mengharapkan kehadiran cahaya mata yang sempurna dari segi fizikal dan mental agar dapat membesar dengan sihat, cerdas dan pintar. Tetapi tidak semua pasangan yang mendirikan rumahtangga memperoleh apa yang mereka hajati. Adakalanya Allah SWT menguji hamba-hambanya dengan memberikan anak yang cacat iaitu tidak sempurna dari segi fizikal atau mentalnya. Hal ini demikian kerana, adalah untuk menguji keiman dan kesabaran hambanya serta meningkatkan lagi ketaqwaan mereka kepada Allah SWT.
          Tetapi terdapat segelintir ibu bapa yang tidak redha dengan pemberian Allah SWT. Mereka berasa susah hati, mengeluh dan bersedih kerana memiliki anak yang tidak sempurna dari segi fizikal mahupun mentalnya. Hal ini menimbulkan tekanan kepada mereka. Suami isteri ini berasa malu dan hina kerana memiliki anak yang tidak sempurna, mereka saling menyalahkan antara satu sama lain dan mengakibatkan institusi kekeluargaan yang telah dibina kian goyah dan tidak membahagiakan. Ini berlaku kerana mereka tidak dapat menerima hakikat yang sebenar dan cuba untuk menafikan apa yang telah berlaku. Seharusnya pasangan yang mengalami situasi ini, perlu bersabar dan bermuhasabah kerana setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Allah SWT tidak menguji atau menjadikan sesuatu perkara tanpa sebab.
          Cunningham (1979) menjelaskan, ibu bapa anak istimewa akan melalui lima tahap emosi berhubung dengan kelahiran tersebut. Perasaan yang pertama kali hadir adalah terkejut di mana mereka tidak dapat menerima kenyataan dan mereka berharap itu semua adalah salah dan tidak seharusnya berlaku. Mereka akan mengalami kekeliruan emosi seperti kebingungan, rasa lemah dan tidak berdaya untuk melakukan sesuatu, tidak percaya dan pemikiran yang kurang rasional terhadap keputusan diagnosis yang dibuat oleh doktor. Selepas mengalami gangguan perasaan mereka biasanya akan berkabung dan menunjukkan rasa kecewa, bimbang, rasa bersalah, menafikan kenyataan dan rasa gagal dalam hidupnya serta menunjukkan mekanisma bela diri. Tahap yang ketiga adalah adaptasi di mana mereka mula menerima hakikat sebanar dan memikirkan cara yang lebih realistik untuk berhadapan dengan kenyataan dan memikirkan tindakan yang sewajarnya.
          Tahap ke empat adalah orientasi, di mana pasangan suami isteri cuba menyelesaikan masalah dengan memenuhi semua keperluan anak istimewa dengan merangka semula sumber kewangan keluarga agar dapat diagihkan dengan fleksibel. Ibu bapa juga akan cuba mendapatkan bantuan daripada pihak kebajikan masyarakat agar anaknya mendapat pendidikan dan bantuan kewangan yang mencukupi. Tahap ke lima adalah penerimaan sepenuhnya pasangan terhadap anak istimewa. Mereka akan menjalani kehidupan seperti sediakala dan melupakan krisis yang pernah berlaku. Walaupun, kehadiran anak istimewa membawa impak yang besar ke pada keluarga tetapi semua anggota keluarga dapat menyesuaikan diri, berupaya mengawal keadaan keluarga, mampu membuat keputusan, dan bijak mengambil tindakan apabila masalah baru muncul.

Permasalahan yang Wujud
Terdapat pelbagai masalah yang timbul berkaitan dengan ketidakupayaan fizikal atau kecacatan. Golongan kanak-kanak yang dikategorikan sebagai kanak-kanak istimewa terdiri daripada 8 jenis iaitu kecacatan dari segi penglihatan (Visual Impairments), pendengaran (Hearing/auditory Impairments), fizikal (Physical Disabilities), komunikasi atau pertuturan (Communication Disorders), tingkah laku (Behaviour Disorders/Emotional Disturbance), masalah pembelajaran (Learning Disabilities), terencat akal (Mental Retardation) dan pintar cerdas (Exceptional Gifted). Setiap daripada kanak-kanak istimewa ini mempunyai pelbagai ketidakupayaan dan ianya berbeza antara satu sama lain, oleh itu kehendak dan keperluan mereka juga turut berbeza.
Dalam menelusuri hakikat sebenar kanak-kanak istimewa ini terdapat juga segelintir masyarakat yang kurang pengetahuan dan tidak memahami keadaan sebenar ketidakupayaan seseorang kanak-kanak hal ini meyebabkan mereka terabai dan potensi diri mereka juga tidak dapat diasuh dan terbiar. Apa yang lebih menyedihkan jika kedua ibu bapa kanak-kanak istimewa ini, langsung tidak memahami apa sebenarnya permasalahan yang dihadapi oleh anak mereka. Keadaan ini amat membimbangkan kerana mereka akan terus terpinggir daripada arus peredaran masa. Justeru pelbagai program intervensi dan ceramah harus dilaksanakan agar masyarakat memperoleh ilmu yang amat berguna ini. Ini adalah untuk memastikan tiada berlaku pengabaian kanak-kanak dan ketidakupayaan kanak-kanak istimewa dapat dikenalpasti pada peringkat awl lagi dan boleh dibantu bagi mengurangkan penderitaan yang dialami oleh mereka.

Tekanan yang dihadapi oleh Ibu Bapa
Menurut Seligman dan Darling (1989), keluarga kepada kanak-kanak kurang upaya mempunyai cabaran dan tekanan yang tidak dapat difahami oleh orang lain. Ibu bapa berhadapan dengan bebanan menjaga anak istimewa yang kian membesar seumur hidup. Di mana anak istimewa ini tidak pandai menguruskan diri, oleh itu ibu bapanya terpaksa mengasuh, memberi makan, memandikan, membersihkan najis dan sebagainya. Apabila anak istimewa kian membesar ianya memberikan  kesukaran untuk mendukung atau mengangkat mereka apabila ingin memandikan atau membersihkan najis. Hal ini demikian kerana, ibu bapa semakin tua dan uzur oleh itu kudrat mereka juga kian berkurangan. Biasanya tugas ini akan beralih pula kepada adik-beradik yang lain untuk menguruskan makan minum, pakaian, memandikan dan lain-lain lagi.
          Berlaku stigma sosial dan diskiriminasi yang dilemparkan ke pada pasangan suami isteri yang memiliki anak istimewa. Mereka akan dicemuh, dihina, diejek dan diperolokkan. Oleh itu menyebabkan ibu bapa takut untuk mendedahkan perkara ini kepada pengetahuan umum khususnya jiran tetangga. Menurut Olshansky (1992), ibu bapa tidak mampu untuk melakukan apa-apa pun demi kesejahteraan dan kebahagiaan anak istimewa. Menurut Olshansky (1992) lagi, perasaan sedih yang dialami oleh ibu bapa anak istimewa berlaku secara berterusan dan berulang-ulang serta sukar untuk digambarkan. Ianya dikenali sebagai kesedihan kronik ianya bukan disebabkan oleh keengganan menerima anak istimewa dan bukan juga disebabkan oleh penyakit mental (Olshansky, 1992). Ianya merupakan satu penerimaan jangka masa panjang di mana kesedihan itu bertindak balas dengan fakta tragis yang difahami dan tidak melibatkan mental.
          Ibu bapa biasanya berasa malu untuk berhadapan dengan masyarakat (Seligman dan Darling, 1989). Menurut Li et al. (1991) Persepsi dan stigma masyarakat terhadap ibu bapa kanak-kanak ini menyebabkan rasa rendah diri dan seterusnya menyebabkan rasa sukar untuk menyesuaikan diri di dalam kelompok masyarakat. Menurut Whayley dan Wong (1991), reaksi negatif yang ditunjukkan oleh ibu bapa kanak-kanak istimewa berkaitan dengan kehilangan kewibawaan identiti dirinya. Menurut Prado (1991), tidak kurang juga disebabkan oleh ketakutan terhadap penolakan sosial dan takut disisihkan dan hidup bersendirian. Menurut Murphy (1992), sekaj dari awal ibu bapa mengetahui bahawa mereka akan menerima anak yang tidak sempurna, mereka mula berasa ketidakpastian, amat sensitif dan mudah tersinggung. Mereka terpaksa memikirkan tentang penyesuaian psikososial. Mereka juga tidak pasti bagaimana untuk menhilangkan keadaan ini.
          Seperti ibu bapa lain, ibu bapa kanak-kanak istimewa juga mengalami perenting stress. Menurut Inanami, Ogura, Rodgers, dan Nishi (1994)  ada 11 perkara yang dinilai dalam perenting stress seperti yang digunakan di dalam Questionnaire on Resources and Stress (J. Holroyd, 1987). Di antara skalanya adalah parental affliction, pessimism about child development, overprotection/dependency, anxiety about the future of the child, social isolation, burden for members of the family, financial problems, lack of family integration, intellectual incapacitation, physical incapacitation, and need for the care of the child.
Perenting stress merujuk kepada tekanan yang terlibat di dalam perhubungan ibu bapa dan anak. Perenting stress ini dipengaruhi oleh kewujudan atau kehadiran kanak-kanak istimewa yang mempunyai kecacatan (Kazak dan Marvin, 1984). Kajian menunjukkan stres di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak cacat adalah tinggi berbanding dengan ibu bapa yang mempunyai anak yang normal (Boyce dan Behl, 1991). Kajian oleh Boyce dan Behl pada tahun 1991 menunjukkan bahawa sumber tekanan di kalangan ibu bapa anak istimewa di dorong oleh perwatakan atau personaliti anak istimewa dan penerimaan ibu bapa serta anggota keluarga terhadap kelahiran anak istimewa.


Penerimaan Terhadap Anak-anak Istimewa
Menurut Mohd. Sharani Ahmad (2002) menyatakan bahawa penerimaan ibu bapa terhadap anak-anak istimewa, sama ada penerimaan secara fizikal contohnya seperti senyuman, dukungan, dan pelukan. Manakala penerimaan lisan pula adalah seperti percakapan yang baik, pujian atau penghargaan, di mana ia merupakan sesuatu yang sangat penting sebagai tanda kasih sayang kepada anak istimewa. Keberkesanan pengurusan anak istimewa adalah bergantung kepada penerimaan ibu bapa serta anggota keluarga. Ibu bapa yang dapat menyesuaikan diri dan menerima kehadiran anak istimewa dengan baik kurang mengalami tekanan, di mana mereka lebih berfikiran positif dan mempunyai hubungan yang baik dengan semua anak-anaknya (Bryne et al., 1988). Walau bagaimanapun, terdapat juga ibu bapa yang tidak berupaya menerima dan tidak mahu menjaga anak istimewa. Hal ini kerana, mereka merasakan anak tersebut hanya memberi beban dan tekanan dalam perkahwinan (Weiss dan Weiss, 1996).
          Selain itu, terdapat beberapa keadaan di mana hanya ibu sahaja yang dapat menerima kehadiran anak istimewa manakala bapa tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Terdapat juga kes di mana bapa dapat menerima anak istimewa tetapi ibu pula adalah sebaliknya (Mohd. Sharani Ahmad, 2002). Terdapat beberapa faktor yang menjadi asas kepada penerimaan kanak-kanak istimewa iaitu:
  1. Status ekonomi
Ibu bapa yang mempunyai status ekonomi yang rendah kurang menerima kehadiran anak istimewa di dalam keluarga mereka, lantaran daripada ketidakupayaan untuk menanggung kos rawatan dan keperluan khas anak istimewa. Manakala bagi keluarga yang mempunyai status ekonomi yang tinggi mereka lebih terbuka untuk menerima kehadiran anak istimewa kerana mereka tidak dihimpit oleh kesempitan hidup. Mereka mampu untuk menanggung perbelanjaan harian anak istimewa.
  1. Tahap pendidikan
Tahap pendidikan menentukan sama ada seseorang itu mampu atau tidak untuk beradaptasi dan menerima kanak-kanak istimewa. Semakin tinggi taraf pendidikan ibu bapa semakin tinggi tahap penerimaan ibu bapa terhadap kehadiran anak istimewa. Hal ini kerana mereka mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang menguruskan anak istimewa dan mereka juga mampu untuk memahami dan mencari sumber bagai mengembangkan potensi diri anak istimewa.
  1. Bilangan anak
Bilangan anak yang ramai turut mempengaruhi tahap penerimaan terhadap anak istimewa. Anak yang ramai akan menyebabkan ibu bapa kurang untuk menerima anak istimewa kerana mereka terlalu sibuk menguruskan anak-anak dan tidak mampu untuk memperuntukkaan masa yang lama untuk anak istimewa. Hal ini kerena, anak istimewa tidak dapat berdikari sendiri sama seperti anak yang normal. Ibu bapa terpaksa memandikan, menyediakan makanan, menyuapkan, mendukung dan sebagainya. Ini menyebabkan ibu bapa kurang untuk menerima kehadiran anak istimewa yang mana dianggap begitu membebankan.

  1. Tahap kecacatan anak
Tahap kecacatan anak juga mempengaruhi penerimaan ibu bapa terhadap anak istimewa. Anak yang mempunyai kecacatan yang agak serius seperti tidak boleh berjalan dan lumpuh serta hanya terbaring, di mana lebih mengharapkan  orang lain  untuk menguruskan dirinya kurang diterima oleh ibu bapa. Jika kanak-kanak tersebut bersifat hiperaktif atau pintar cerdas mereka ini mudah untuk diterima. Hal ini kerana kecacatan mereka tidak dapat dilihat secara jelas melalui mata kasar. Berbanding dengan  kanak-kanak cacat fizikal yang mana mereka jelas dan mudah untuk dikenal pasti.

Kelompok Sokongan Ibu Bapa
Kerajaan telah menetapkan bahawa pada tanggal 14 Februari setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi kanak-kanak istimewa kerana menyambut Hari Golongan Orang Kurang Upaya. Semua pihak harus berperanan dalam membantu dan memberi sokongan kepada ibu bapa dan kanak-kanak istimewa. Antara peranan yang dapat di mainkan oleh pihak kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), swasta dan masyarakat, media massa adalah seperti berikut:
  1. Pihak Kerajaan
Pihak kerajaan khasnya dapat merangka beberapa pendekatan efisien dalam membantu memperjuangkan masa depan kanak-kanak istimewa. Sejajar dengan perlaksanaan program Bertindak Dunia yang diwujudkan hasil daripada ‘Proklamasi Penyertaan Penuh dan Penyamaan Peluang bagi OKU Rantau Asia dan Pasifik pada 1994’,. Di mana pihak kerajaan perlu menepati sasaran 107 sasaran yang termaktub dalam Agenda Bertindak Dekad Orang Kurang Upaya Asia dan Pasifik. Penyertaan ini diharapkan dapat membantu pihak kerajaan memperjuangkan nasib anak istimewa dan OKU melalui pengalaman-pengalaman yang diperolehi dari negara luar seperti Jepun, Korea, Australia.
     Selain itu, kerajaan harus memperluaskan Kod Amalan Akses Bagi OKU di semua bangunan awam bagi memberi kemudahan kepada golongan OKU. Langkah ini tidak hanya melibatkan kemudahan tandas awam, lif dan laluan khas untuk golongan OKU, sebaliknya perlu diperluaskan dengan pelbagai kemudahan lain. Ini akan memberi impak yang baik kepada golongan OKU. Kemudahan ini harus ditingkatkan supaya suasana mesra OKU dalam pembangunan negara dapat ditunjukkan. Malah, langkah ini tampak efisien jika dapat diteruskan oleh pihak swasta melalui saranan dari pihak kerajaan.
  1. Badan Bukan Kerajaan (NGO), Swasta dan Masyarakat
Pihak NGO dan swasta perlu menyahut cabaran dalam usaha memperjuangkan masa depan anak istimewa. Sifat lepas tangan dan ketidakpekaan harus dibuang bagi mengikis stigma yang berlaku terhadap anak istimewa. Pihak NGO seharusnya tidak mengharapkan sumbangan besar SUHAKAM dalam memperjuangkan hak anak istimewa. Kemampuan menyediakan kemudahan awam oleh badan korperat adalah penting bagi menyokong kerajaan. Langkah ini adalah lebih mesra OKU dalam memanfaat keupayaan sumber kewangan yang ada pada badan korporat.
  1. Media Massa
Media massa adalah saluran yang boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat mengenai anak istimewa. Pendekatan yang dijalankan oleh pihak media massa seperti rancangan reality bermanfaat seperti ini seharusnya dijadikan perintis untuk terus mewujudkan rancangan yang seumpamanya yang melibatkan kanak-kanak istimewa. Justeru, jika rancanagan ‘Bersamamu TV3’ memfokuskan pelbagai isu yang melibatkan ketidakupayaan seperti kemiskinan, seharusnya rancangan khusus mengenai anak istimewa yang memerlukan perhatian dan sokongan perlu diwujudkan.
     Selain melalui media elektronik, media cetak juga perlu turut memainkan peranan dalam mewujudkan kesedaran mengenai isu-isu kanak-kanak istimewa. Walaupun terdapat akhbar-akhbar utama menyiarkan ketidakupayaan kanak-kanak istimewa, langkah ini perlu diperhebatkan sementara akhbar dan majalah yang lain harus mengikut jejak langkah Berita Harian yang menyiarkan sisipan khas iaitu, ‘Mayang’ pada setiap bulan. Usaha sedemikian sekurang-kurangnya dapat menambah kefahaman masyarakat di Negara ini tentang anak istimewa dan nasib mereka yang memerlukan pembelaan sewajarnya.
Dalam konteks yang lebih luas, media massa adalah antara medium utama sumber ilmu pengetahuan. Justeru, pihak media seharusnya dapat mengemblengkan pengetahuan mengenai anak-anak istimewa perlu diperhebatkan untuk membela nasib anak istimewa. Langkah yang lebih tersusun dan perancangan yang baik merupakan harapan baru kepada para ibu bapa anak istimewa untuk melihat nasib anak istimewa terbela.

Selain itu juga terdapat beberapa kelompok sokongan yang mana memberi bantuan kepada keluarga kanak-kanak istimewa. Apa kelompok sokongan yang wujud di Malaysia?. Apa yang mampu dilakukan oleh kelompok sokongan ini bagi membantu kanak-kanak istimewa?. Sebenarnya banyak kelompok sokongan yang sedia ada antaranya pihak dan lain-lain lagi. Kelompok sokongan secara umumnya mempunyai empat ciri penting iaitu pertemuan secara berkala, dihadiri oleh ahli-ahli kelompok yang sama bagi setiap pertemuan, berlaku dalam keadaan spontan dan tidak formal, serta wujud hubungan erat di antara ahli (Zastrow, 2001). Kelompok Sokongan Ibu Bapa (KSI) di Pusat Harian Sinar Harapan Alor Setar merupakan satu saluran di mana ibu bapa boleh menjalinkan hubungan dan berinteraksi serta menerima dan memberi sokongan antara satu sama lain. Lazimnya kelompok sokongan terdiri daripada mereka yang mempunyai persamaan keperluan dan kepentingan yang khusus.
          Kelompok sokongan menyediakan ruang untuk ibu bapa mendapat sokongan diantara satu dengan yang lain, saluran untuk berkomunikasi, peluang untuk tindakan sosial dan meningkatkan pengetahuan melalui program-program pendidikan (Gainey, Prochazka-Graf dan Trombino, 1992). Setelah berjumpa dan berkenalan di antara satu dengan yang lain, ibu bapa merasakan bahawa masalah yang mereka hadapi bukanlah sesuatu yang terasing, tetapi turut juga dialami oleh ibu bapa lain yang senasib dengan mereka. Mereka berpeluang berbincang tentang masalah yang sedang dihadapi dalam membesarkan anak istimewa. Selain mereka memperoleh sokongan moral, mereka juga mungkin mendapat idea-idea untuk menangani masalah yang sedang dihadapi, dan mungkin juga lebih bersedia untuk berhadapan dengan keadaan-keadaan yang mungkin timbul pada masa akan datang.
          KSI (Kelompok Sokongan Ibu Bapa) adalah satu usaha yang dijalankan oleh ibu bapa kanak-kanak istimewa itu sendiri. Di antara aktiviti-aktiviti penting yang lazim dijalankan oleh kelompok sokongan termasuklah perkongsian pengalaman, penyebaran maklumat berkaitan jagaan, pendidikan dan latihan, penubuhan pusat sumber keluarga, menganjurkan ceramah-ceramah mengenai topik-topik yang berkaitan dengan perkembangan dan bimbingan atau asuhan anak-anak istimewa, dan perkhidmatan nasihat berhubung dengan kemudahan-kemudahan serta sumber-sumber yang terdapat di dalam komuniti. California State Department of Education di Amerika Syarikat telah membentuk sebuah modul untuk Kelompok Sokongan Ibu Bapa dan telah mengenalpasti fungsi-fungsi berikut (Thompson, 1997):
  1. Menyediakan sokongan yang berterusan.
  2. Memberi bantuan semasa menghadapi krisis.
  3. Meneguhkan tingkah laku daya tindak yang positif.
  4. Membantu menangani perasaan marah (anger) dan menggunakan tenaga dengan cara yang positif.
  5. Berkongsi maklumat, idea-idea dan sumber-sumber.
  6. Menyediakan program latihan untuk ibu bapa meningkatkan kemahiran mereka.
  7. Membantu apabila perlu mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi berkaitan seperti pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan yang lain.
  8. Menyediakan peluang untuk mengatasi perasaan kesorangan dan membentuk persahabatan yang baru.

Daripada satu kajian yang dijalankan oleh Santelli, Turnbull, Sergeant, Lerner dan Marquis (1996), ibu bapa yang mempunyai anak istimewa telah diminta menyatakan jenis-jenis sokongan yang mereka ingin dapatkan daripada ibu bapa lain melalui kelompok sokongan.  Satu tinjauan telah dilakukan di mana memfokuskan kepada sokongan emosi, sokongan maklumat dan sokongan-sokongan lain. Hasil tinjauan mendapati bahawa dari segi sokongan emosi, perkara yang diutamakan ialah untuk mempunyai seseorang yang sedia mendengar dan memahami masalah yang dihadapi (67%), membantu dalam mengurangkan perasaan kesorangan (42%) dan memberi harapan untuk masa depan (30%). Dari segi sokongan maklumat, ibu bapa memberi keutamaan kapada maklumat berkaitan dengan ketidakupayaan (59%), cara-cara utuk mencari dan memdapatkan perkhidmatan (55%) dan penjagaan anak istimewa (52%). Dari segi sokongan lain, perjumpaan-perjumpaan untuk sokongan emosi (50%) dan untuk pendidikan (50%).


Kesimpulan
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk membantu dan meringankan beban keluarga yang mempunyai anak istimewa. Bak kata pepatah, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Sebagai sebuah masyarakat yang pelbagai kaum dan agama, seharusnya menanamkan sikap saling menyayangi dan membantu antara satu sama lain agar hasrat Perdana Menteri kita tercapai untuk merealisasikan slogan ‘Satu Malaysia’. Dalam apa keadaan sekalipun setiap individu mempunyai peranan dalam menjalankan tanggungjawab sosial tanpa mengira status, agama, bangsa atau darjat. Hak yang sama rata harus diberikan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Setiap manusia adalah unik oleh itu, setiap individu harus saling hormat-menghormati dan peka kepada keadaan persekitaran. Ini penting agar setiap ahli masyarakat prihatin dan sensitif kepada keperluan golongan anak istimewa dan tidak mendiskriminasikan keluarga yang mempunyai anak istimewa.
RUJUKAN
Harwood R. Miller. S.C. Vasta. R. (2008).Child Psychology Development In A Changing         Society. United States : John Wiley and Sons.

Huffmen, K. (2007), Psychology in Action. (8th Ed.) United States : Von Hoffmann Corporation

Khaidir Hj. Ismail, Lukman Z.M., Hanina H. Hamsam (2008). Pembangunan Kanak-kanak: Teori, Isu dan Cabaran, Arah Pendidikan Sdn. Bhd., Polygraphic (M) Sdn. Bhd.

Mohamad Nazar Mohamed, (2001). Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Sharani Ahmad, Nurul Hudani Md. Nawi. (2005). Tekanan dalam Keluarga Anak Istimewa di Kota Kinabalu. Kertas Kerja Persidangan Kebangsaan Kanak-kanak Istimewa: Hala Tuju dan Harapan. Anjuran Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah dan Pusat Seri Mengasih pada 17 dan 18 Disember 2005 di Auditorium Perpustakaan, Universiti Malaysia sabah.

Mohd Sharani Ahmad (2008). Intervensi Anak Istimewa Bermasalah Pembelajaran, Universiti Malaysia Sabah, Capital Associates (S) Sdn. Bhd.

Mohd Sharani Ahmad, (2004). Special Children, Universiti Putra Malaysia, Aremes (M) Sdn. Bhd.